Perjuangan yang belum selesai

Sakinah menahan marah dalam hati. Dia merebahkan diri di atas sofa, sambil menekan remote control TV. Satu demi satu siaran dilihat namun tiada yang dapat menarik perhatiannya. Lantas menekan punat switch off.

Hari ini kesabarannya betul-betul tercabar. Rasa marah, malu, sedih, kecewa, semuanya silih berganti dalam hatinya saat ini. Namun perasaan geram dan marah lebih mendominasi. Kalau diikutkan hati rasa hendak menumbuk atau menampar barisan panel penemuduga tadi. Dia rasa maruahnya dipijak-pijak dan dipermainkan oleh lelaki. Kalaupun dia tidak layak mengisi jawatan akauntan di syarikat tersebut, mengapa harus diperlekehkan. Dia merasakan syarikat tersebut pasti tidak akan memberikan peluang kepadanya, memandangkan dia tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja sebelum ini. Sekiranya semua syarikat berpandangan seperti itu, sampai bila dia dan graduan yang lain mendapat pekerjaan? Sakinah masih bersoal jawab sendirian. Hatinya masih panas dengan kejadian tadi.

“Kami tidak memerlukan pekerja yang tidak professional yang suka berkhayal di tempat kerja. Boleh Cik Sakinah beritahu kami, mengapa Syarikat perlu mengupah saudari?, ” soal salah seorang panel penemuduga.

Belum sempat dia menjawab, lelaki yang merenungnya sejak tadi pula bersuara “Dia sedang berkhayal untuk menjadi isteri pengarah Syarikat ni agaknya”. Kata-kata lelaki itu menyebabkan rakan-rakannya yang lain ketawa.

Sakinah menggenggam tangannya kejap. Perasaan seram sejuk sebelum masuk bilik tadi telah bertukar menjadi panas. Dia menahan marah dan geram mendengar tawa lelaki-lelaki yang berada di hadapannya. Saat itu dia tahu, bahawa dia sudah kehilangan peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Salahnya juga sempat mengimbau kejadian malam itu.

“So, Cik Sakinah nak buat apa dengan syarikat ni sekiranya menjadi Puan Besar di sini? ”, tambah lelaki itu lagi. Semacam sengaja menekan perkataan ‘Puan Besar’. Sakinah merasakan dirinya sedang diperkotak katikkan. Mereka mesti diajar, geramnya dalam hati.

“Kalau saya jadi Puan Besar, saya akan merombak peraturan syarikat. Memastikan semua pekerja muslim menutup aurat khususnya wanita, manakala non-muslim memakai pakaian yang bersopan dan tidak menjolok mata. Saya rasa syarikat akan lebih maju dengan kerjasama semua pihak. Golongan atasan sehingga bawahan saling hormat-menghormati dan teamwork itu dapat diterapkan ketika solat berjemaah. So, setiap masuk waktu solat, semua pekerja muslim haruslah menunaikan solat secara berjemaah. Semua orang haruslah bergilir-gilir menjadi imam. Ini akan memberi peluang kepada semua orang merasai bagaimana jadi pemimpin dan juga yang dipimpin. Sesekali bos merasa dipimpin oleh orang bawahan di tempat kerja iaitu ketika menjadi makmum, barulah dapat menurunkan sedikit ego pemimpin. Pemimpin takkan selalunya betul dan akan lebih peka juga sensitif apabila menegur pihak bawahan yang melakukan kesilapan,” dengan tenang Sakinah bersuara lagak seorang ketua memberikan perintah. Dia tahu dari lagak panel penemuduga seperti mempermainkannya. Sakinah tetap menjawab soalan mengikut rentak penemu duga. Puas hatinya kerana tetap menjawab soalan yang diajukan. Dia hanya mengikut petua rakan-rakan, yang penting bercakap ketika sesi temuduga. Justeru itu, dia tidak mahu menunjukkan kelemahannya.

Grrrrrkkkkhh …perutnya berbunyi. Dia lantas memegang perutnya. Marah yang sejak tadi menguasai dirinya menyebabkan dia terlupa untuk membeli makanan tengah hari. Dia tidak masak hari ini, memandangkan petang nanti dia dan Fatimah berjanji untuk keluar membeli barang dapur. Sakinah bangun menuju ke dapur untuk mengisi perut. Apalagi maggila jawabnya.

Selesai menunaikan solat zohor dia menyambung tilawahnya. Misinya untuk khatam sebelum akhir bulan Julai ini. Sudah menjadi rutin tahunannya untuk berazam meningkatkan bacaan al-Quran dan memastikan bacaan lebih dari tahun sebelumnya. Paling kurang pun menyamai tahun sebelumnya. Masuk bulan Julai, dia cuba untuk mengkhatamkan bacaan untuk kali ke 4 pada tahun ini. Dia beristighfar dalam hati bermuhasabah diri. Mengkoreksi diri. Bulan ramadhan dalam sehari boleh membaca sehingga 2 hingga 5 juzuk. Boleh khatam quran sehingga 2 atau 3 kali sebulan. Tetapi pada hari-hari biasa mengambil masa berbulan untuk mengkhatamkan bacaannya. ‘Namun apa yang penting, merebut fadhilat ramadhan untuk meningkatkan amalan’ pujuk hatinya.

posted under , | 0 Comments

Perjuangan yang belum selesai

Satu labah-labah cuba panjat pokok

Bila hujan turun labah-labah jatuh

Terbit matahari hujan tiada lagi

Labah-labah panjat sekali lagi

Sakinah menyanyi dengan riang sekali bersama-sama dengan Amira dan Amirul. Penuh semangat dan gembira dia mengajar. Seriang hatinya saat ini. Panggilan telefon pagi tadi menyebabkan moodnya sangat baik. Siapa yang tidak gembira bila rezeki datang bergolek, disaat dia sangat memerlukan duit.

“Ina, kamu nak kerja part time tak? ”, panggilan telefon kak Zila tuan rumahnya membatalkan niatnya untuk keluar rumah mencari kerja.

“Kakak macam tau-tau je saya nak cari kerja. Rumah kawan kakak kat mana? ”, tanpa berfikir panjang dia bersetuju untuk bekerja. RM500 siapa nak bagi dalam sehari.

“Kalau Ina setuju kak suruh kawan akak telefon Ina untuk bincang ”, jawab kak Zila.

Praaaaaaanggg…

Sakinah terkejut mendengar bunyi gelas pecah. Bunyi itu lantas menghilangkan khayalannya. Dia bergegas ke dapur mendapatkan pasangan beradik yang dijaganya sejak pagi tadi. Dalam hati dia tertanya ke manakah majikannya yang belum pulang seperti yang dijanjikan. Patutlah dijanjikan gaji yang lumayan. Anak majikannya sangat nakal dan hyperaktif. Sampai di dapur dia melihat Amirul sudah mula menangis, manakala kakaknya Amira sedang mengutip serpihan kaca.

“Ya Allah, apa da jadi ni?”, Sakinah mengurut dadanya cuba menahan sabar dengan gelagat mereka sejak pagi. Dalam hati dia bersyukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak majikannya.

“Adik nak air”, adu Amirul.

“Tak boleh ke sabar, kakak pun nak minum juga.Napa nak rebut dari kakak gelas tadi?”, balas Amira pula.

Kriiiiiiiinggg….kriiiinggg!!!!

Bunyi telefon rumah mematikan pertengkaran mereka. Dua beradik tersebut berlari mendapatkan telefon.

“Papa..papa”, jerit Amira dan Amirul sambil berebut mendapatkan gagang telefon. Sakinah menyambung membersihkan serpihan kaca di dapur.

“Kak Ina, mama nak cakap ni”, dia mendengar namanya di laung dari ruang tamu.

Tidak sampai sejam mereka tiba di tempat yang dijanjikan. Sakinah agak terpaku apabila berada di hadapan hotel lima bintang. Seumur hidupnya dia tidak pernah untuk bermimpi makan malam di dalam hotel bertaraf lima bintang. Dia akan menyerahkan anak majikannya selepas mereka makan malam. Penyambut tetamu menunjukkan sebuah meja kepada mereka. Seperti biasa Amira dan Amirul sentiasa berlumba-lumba dalam segala hal, berlari menuju ke meja yang ditunjukkan. Sakinah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Setelah membaca doa makan, mereka menikmati makan malam dengan berselera.

“Kak adik nak gi toilet” Amirul bersuara. Sakinah meletakkan sudu dan garfu, dan bersedia untuk bangun.

“Tak pe kak, Amirul tau toilet kat mana. Kak tak perlu temankan. Lagipun kak, takkan nak masuk toilet lelaki ”, sambung Amirul lagi.

“Ye kak, jangan risau. Kalau kakak nak tau, ni tempat makan kami. Mama selalu bawa kami makan kat sini”, Amira juga bersuara. Sakinah mengangguk dan sempat berpesan agar berhati-hati. Dia menyambung acaranya yang tertunda tadi. ‘ Membazir kalau tak habiskan’, detik hatinya. Makan bertiga tapi makanan penuh satu meja. ‘Beginikah cara hidup orang berada?’ Selera makannya tiba-tiba mati, apabila teringat adik-adiknya di kampung. Dia menikmati makanan yang enak, tapi adiknya?

Lamunannya segera mati, apabila mendengar suara Amirul menangis. Tidak sempat bertanya lebih lanjut. Seorang lelaki yang membawa Amirul, memarahinya.

“Macam mana awak jaga anak ni? Melantak kat sini, anak dibiarkan bersendirian. Kena culik baru nak sibuk repot polis. Menyusahkan betul”, marah seorang lelaki. Gulp!! Sakinah menelan liur, dia tidak terfikir sampai ke tahap itu. Baru sedar kecuaiannya menjalankan tanggungjawab. Nasib baik tidak terjadi apa-apa.

“Maaf, encik”, terketar-ketar Sakinah meminta maaf. Amirul masih menangis seperti tadi. Lelaki tadi terus beredar.

“Papa..papa”, Amirul menangis lagi.

“Adik nampak papa kat mana?” Amira bertanya, lantas mendapatkan adiknya.

“Adik nampak papa. Adik kejar papa. Tapi adik terlanggar pelayan tadi. Bila adik bangun, adik tak nampak papa lagi”, Amirul menerangkan dengan lebih lanjut. Tetapi Sakinah tetap dalam kebingungan.

“Whats going on?”, Puan Zulaikha tiba-tiba muncul.

“Adik nampak papa”, beritahu Amira.

“Stop it. Jangan nak mulakan ok”, Puan Zulaikha mula berang. Lantas mengeluarkan sampul dari handbegnya lalu diletakkan di atas meja. Dia menarik kedua anaknya pergi meninggalkannya.

Sakinah masih terpaku di meja makan. Apa yang terjadi sebentar tadi, masih belum dapat dicerna oleh otaknya. Dia terpinga-pinga di meja makan sendirian. Beginikah lagak orang berada? hanya sekeping sampul, tanpa ucapan terima kasih dia ditinggalkan, tanpa sebarang kata perpisahan dan penghargaan. ‘Sabarlah wahai hati, yang penting melaksanakan kerja dengan baik kerana amanah yang diberikan. Usah merungut, kelak hilang pahala keikhlasan bekerja’, pesanan ustaz masa sekolah cepat dapat memujuk dirinya.

Cepatnya hari berlalu, akhirnya Sakinah berjaya mengumpul duit poket sementara menunggu keputusan peperiksaan akhirnya diumumkan. Pelbagai pekerjaan yang dia lakukan untuk mencari duit tambahan. Pelayan restoran, guru tuition, juga pernah menjadi pengasuh. Ingatannya cepat singgah kepada Amira dan Amirul. “Apa khabar agaknya mereka?”, detik hatinya. Meskipun hanya sehari, tapi ada kasih yang terpaut kepada mereka. Hari yang dinantikan tiba juga, menunggu detik ini sungguh mendebarkan. Baginya ini adalah menentukan masa depannya. Dia sangat mengharapkan mendapat keputusan yang cemerlang agar cepat beroleh pekerjaan. Dia ingin membantu keluarganya. Itulah doanya selama ini, ingin berjaya dan dipermudahkan mendapat pekerjaan. Saban malam, itulah harapan dan rintihannya ketika sujud menghadap Tuhan. Ketekunannya menelaah pelajaran, tidak menjejaskan Sakinah beribadah di waktu malam. Dia tetap yakin, kekuatan dalaman dan ketabahan menghadapi ujian hidup adalah datangnya dari taqarrub kepada Allah.

Hari ini adalah merupakan hari yang penting bagi Sakinah. Hari yang akan menentukan masa depannya. Dia ingin menghadiri temuduga. Semenjak solat subuh, dia masih berteleku di atas sejadah, bertilawah dan membaca Ma’thurat sambil menunggu masuk waktu dhuha. Usai melakukan solat dhuha, dia cepat-cepat bersiap dan bergegas keluar rumah. Sepanjang perjalanan hatinya tidak henti membaca ayat seribu dinar, berharap untuk dipermudahkan urusannya pada hari ini. Selawat turut dibaca berulang-ulang bagi mengurangkan debaran di dadanya.

Entah mengapa dia sangat berdebar apabila mula memijakkan kaki di Syarikat Wira Jaya. Dia harus memulihkan semangatnya, agar kerisauan tidak mendominasi emosinya saat itu. Tentu akan menjejaskan konsentrasinya ketika sesi temuduga nanti. Dia terus berselawat dan berdoa dalam hati. Dia beristighfar dalam hati. Mengapa dia harus berasa takut? Ke mana hilangnya keyakinannya kepada pertolongan Allah. Lantas dia mendapat kekuatan dan penuh yakin melangkah masuk ke dalam bilik yang berhawa dingin, siap untuk ditemuduga. Dia harus mempunyai keyakinan yang tinggi, ditambah dengan keputusannya yang cemerlang, dia semakin yakin akan mendapat tempat pekerjaan di syarikat yang dipijaknya.

Gulp!!! Sakinah menelan liur. Terkejut melihat salah seorang panel penemuduga adalah lelaki yang pernah bertengkar dengannya beberapa bulan yang lalu. Peristiwa di hotel malam itu, segera berputar di kotak memorinya.

“Hei perempuan, selepas makan balik macam tu je ke? Anak-anak dibiarkan lagi”, jelas kedengaran suara lelaki di belakangnya. Namun Sakinah meneruskan langkah. Dia harus segera pulang kerana waktu maghrib kian melabuhkan tirainya. Mujurlah dia tengah ABC (Allah Bagi Cuti). Tiba-tiba dia merasa bahunya disentuh, pantas dia menepis dan berpaling ke belakang. Dia melihat seorang lelaki sedang berkerut-kerut menahan marahnya

“Hei perempuan sombong. Saya tanya anak kamu mana? Takkan terlupa dan tinggalkan di dalam?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut lelaki itu. Dia yang masih terkejut dengan kejadian di meja makan tadi, ditinggalkan seorang diri tanpa kata. Kini dikejutkan lagi oleh kelakukan seorang pemuda aneh yang entah datang dari mana. Oohh..dia ingat lelaki tersebut yang menghantar Amirul ke meja makan tadi. Tentu memikirkan bahawa Amira dan Amirul adalah anaknya. Sebuah teksi berhenti betul-betul di depan mereka. Sakinah mengeluarkan sampul surat lalu menunjukkan kepada lelaki tersebut.

“Saya da dapat upah menjaga mereka”, ujar Sakinah dengan berang. Dia masih terkilan dengan sikap Puan Zulaikha kepadanya. Apakah itu sikap orang kaya? seorang majikan.

“Lagi satu, jangan suka pegang anak dara orang sesuka hati. Oppss bukan anak dara je, tapi perempuan yang bukan mahram awak. Awak tak da lesen nak sentuh saya ”, marahnya masih bersisa.

“Ok nanti saya akan dapatkan lessen tu”, lelaki tadi seperti mengejeknya.

“Iya, saya akan tunggu”, Sakinah sempat membalas sambil melepaskan geram dalam hati.

“Cik Sakinah binti Salim”, dia mendengar namanya dipanggil. Dia segera tersedar bahawa dia kini berada di hadapan panel penemuduga. Dia senyum untuk cuba mengawal emosinya.

posted under , | 2 Comments

Jadilah Isteri Solehah

Perkahwinan merupakan anugerah daripada Allah kepada hambaNya untuk menikmati kebahagian dalam hidup di dunia ini. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk mengatur kesejahteraan bumi. Matlamat ini tidak akan terlaksana melainkan dengan perkembangan manusia (Harun Arrasyid Tuskan 2006: 5). Islam mengangkat martabat wanita di mata masyarakat, mereka dianggap tempat untuk mencurahkan kasih sayang dan menikmati kebahagiaan.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Surah ar-Rum 30: 21)

Ayat di atas menunjukkan kemuliaan hidup berumah tangga serta menerangkan tujuan perkahwinan dan matlamat yang diharapkan oleh Islam. Menurut Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (1996: 3-4) sebuah keluarga akan dianggap sebagai keluarga yang bahagia sekiranya menepati ciri-ciri di bawah;

1. Mencapai ketenangan hidup oleh setiap individu dalam keluarga tersebut, terkawal dari sebarang masalah dan penyelewengan.

2. Hidup dalam kasih sayang dan persefahaman serta pergaulan yang baik dalam segenap aspek dari semua pihak.

3. Menerusi suasana dan pergaulan yang baik yang telah dapat melahirkan generasi yang baik dan memahami hakikat kemanusiaan, kekeluargaan dan ketuhanan.

4. Terselamat masyarakat dari sebarang kecacatan setelah generasi yang dilahirkan dalam suasana baik ini mendampingi masyarakat dan memainkan peranan sebagai anggota masyarakat.

Rumah tangga merupakan sebuah masyarakat yang terkecil yang dianggotai oleh suami, isteri dan anak-anak. Keamanan sesebuah negara bermula daripada keamanan rumahtangga. Oleh sebab itu, jika bilangan rumahtangga yang bermasalah dalam sesebuah negara semakin meningkat, keamanan negara juga akan tergugat (Pahrol Mohamad Juoi 2011: 6). Persoalannya bagaimanakah cara yang terbaik untuk membina rumah tangga bahagia? Seperti yang dijelaskan pada surah ar-Rum ayat 21 bahawa Allah menciptakan wanita untuk lelaki merasakan kasih sayang dan kebahagian di dunia ini. Wanita yang membahagiakan tentunya mempunyai karisma kepimpinan dalam membina rumah tangga yang bahagia.

Kriteria kepimpinan wanita dalam rumahtangga untuk membina keluarga bahagia

Kepimpinan wanita dalam membina rumah tangga yang bahagia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;

1. Kepimpinan Wanita Sebagai Isteri

Kepimpinan wanita sebagai isteri akan melahirkan keluarga yang bahagia sekiranya seseorang isteri itu mempunyai kriteria berikut;

1.1 Taqwa

Islam telah menggariskan panduan untuk mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga iaitu bermula dari pemilihan calon isteri berdasarkan hadis Nabi:

Wanita itu pada kebiasaannya dikahwini kerana empat sebab: Hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu mengahwini wanita yang beragama supaya terjamin masa depanmu.

 Kepimpinan wanita yang bertaqwa, meskipun rumah tangga goyah oleh fitnah manusia, namun masih berpaut kepada qadak qadar Allah. Menempuh cabaran dalam rumah tangga dengan hati yang tabah dan redha. Wanita yang bertaqwa menjadikan amanah dalam rumah tangga sebagai wasilah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Oleh itu, apapun ujian yang melanda dalam rumah tangga, akan dapat ditangani dengan bijak bukan dengan emosi semata-mata. Sebaliknya wanita yang tidak bertaqwa, menerima ujian dalam rumah tangga dengan penuh emosi, resah-gelisah, marah dan pelbagai lagi sikap negatif.

Laman sesawang sosial yang semakin popular hari ini iaitu ‘facebook’ menjadi tempat mengadu wanita yang tidak bertaqwa, tentang keadaan rumah tangga dan ketidakpuasan hati mereka terhadap suami mereka. Sebaliknya wanita yang beriman akan takut untuk menghebahkan kecacatan dalam rumah tangga kerana merenung firman Allah;

Isteri-isteri yang solehah ialah isteri-isteri yang taat kepada perintah Allah dan perintah suami, menjaga segala rahsia rumah tangga dengan pemeliharaan Allah (Surah an-Nisa’4:34)

Wanita yang bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa juga pemberian suami kepadanya, sebaliknya wanita yang tidak beriman sentiasa merungut dan tidak bersyukur bahkan meminta-minta lebih dari kemampuan suami.

1.2 Penolong atau pembantu kepada suami

Wanita diciptakan Allah untuk mendampingi dan menyempurnakan hidup lelaki, demikian juga sebaliknya. Sesuatu tidak dapat sempurna dengan sendirinya (Harun Ar-Rasyid Haji Tuskan, 2006: 17). Oleh itu al-Quran menyebut:

‘Bukanlah lelaki itu seperti wanita’ (Surah Ali-Imran: 36)

Ayat di atas menjelaskan lelaki dan wanita adalah berbeza. Justeru itu, wanita juga mempunyai tugas dan peranan yang tersendiri dalam menjalankan tugas memakmurkan muka bumi Allah sebagai khalifahNya. Perpaduan dan keharmonian sesebuah negara adalah bergantung kepada cara hidup masyarakat yang mendiaminya. Masyarakat yang aman dan makmur adalah hasil dari keharmonian keluarga yang terbentuk dalam masyarakat tersebut. Manakala kebahagiaan sesebuah keluarga pula bergantung kepada kepimpinan keluarga tersebut, iaitu di antara suami dan isteri.

Meskipun suami merupakan ketua atau pemimpin dalam rumah tangga, namun wanita juga haruslah bertindak sebagai penolong kepada suami.

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian mereka yang lain” ( surah at-Taubah: 71)

Wanita yang beriman tidak akan membiarkan suami berseorangan menguruskan rumah tangga, tetapi akan bertindak sebagai penolong bagi menjamin kebahagian rumah tangga. Isteri haruslah menjadi pembantu dan pendokong kuat seorang suami untuk mendorongnya ke jalan yang diredhai Allah, seperti saidatina Khadijah isteri Rasulullah. Malangnya umat akhir zaman ini, lebih ramai wanita yang menolong suami mereka untuk menempah tiket ke neraka dengan pendedahan aurat dan melakukan pelbagai maksiat.

Meskipun tanggungjawab seorang suami untuk berbelanja dalam rumah tangga, tapi tidak ada salahnya seorang isteri yang mampu, membantu meringankan beban tanggungjawab suami. Perkongsian hidup dengan ikatan perkahwinan, wanita haruslah memainkan peranan sebagai pembantu kepada lelaki saat susah, membantu saat sakit, membantu mengingatkan saat lupa dan siap sedia membantu disaat diperlukan. Apa yang lebih penting seorang isteri haruslah membantu suami yang telah sesat dan tersasar untuk kembali ke jalan Allah semula.

1.3 Sentiasa Berbincang 

Dalam era globalisasi hari ini, kepimpinan wanita dalam bidang kerjaya semakin diterima masyarakat. Namun bergitu, meskipun di tempat kerja wanita adalah ketua kepada lelaki, sebaliknya apabila di rumah setinggi manapun jawatan wanita tersebut tetap dicantas oleh kuasa dan hak suami. Segala keputusan yang berkait dengan rumah tangga hendaklah mendapat persetujuan suami.

Perlaksanaan syura dalam sesebuah rumah tangga dapat menerapkan nilai-nilai murni antara suami isteri dan anggota keluarga yang lain seperti persefahaman, toleransi, kebebasan berfikir dan hormat-menghormati antara satu sama lain (Andek Masnah 1999: 84). Umpamanya wanita yang berkemampuan membeli semua perabot di dalam rumah tanpa memaklumkan atau berbincang kepada suaminya. Situasi ini mungkin boleh menyebabkan suami berkecil hati apatah lagi sekiranya pendapatan suami kurang daripada isteri. Suami akan mula merasa rendah diri, yang mana perasaan negatif ini sekiranya tidak dapat dikawal dan semakin merebak boleh menyebabkan bunga-bunga kebahagiaan rumah tangga akan semakin luruh.

Wanita yang mempunyai karisma dalam kepimpinan pastinya akan mengamalkan apa yang digariskan dalam al-Quran:

dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka (Surah as-Syuraa 42: 38)

1.4 Penghibur

Wanita diciptakan adalah untuk mendamping dan menghiburkan lelaki dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Itulah tanda kekuasaan Allah dan kasih sayangNya kepada hambaNya. Firman Allah:

isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka (Surah al-Baqarah 2: 187)

Ayat di atas menunjukkan, wanita dan lelaki adalah saling lengkap-melengkapi bagi menikmati kebahagiaan dalam hidup ini. Wanita sebagai isteri haruslah berperanan sesuai tujuan penciptaannya mendampingi lelaki selain beribadah kepada Allah. Bahkan melayan setiap keperluan suami juga merupakan ibadah bagi wanita.

Dan bagi kamu pahala kerana bersetubuh dengan isteri. Para sahabat bertanya: Apakah seseorang daripada kami melepaskan syahwatnya mendapat pahala? Sabda Baginda: Apakah pendapat kamu kalau meletakkannya (syahwat itu) pada yang haram apakah tidak ia berdosa? Maka begitulah bila ia meletakkan pada tempatnya yang halal ia pasti peroleh. (Riwayat Muslim).

Dato’ Dr.Mohd.Fadzilah Kamsah dalam bukunya memberikan tips untuk menjadi isteri mithali menasihati agar, isteri melayan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seksual adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayng yang penting (2009: 4). Barangsiapa yang melanggar peraturan ini atau menentangnya dianggap sebagai satu penyelewengan yang boleh menimbulkan gejala-gejala krisis rumah tangga (Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz 1996: 11).

Oleh itu, wanita iaitu isteri haruslah bertindak sebagai penghibur kepada suami di tempat tidur, penghibur di saat hati gundah gulana memikirkan tekanan di tempat kerja, masalah keluarga dan apa juga masalah yang dihadapi oleh suami. Isteri haruslah bijak dan kreatif menghiburkan hati suami. Malangnya hari ini, wanita yang berkerjaya sering kali menolak permintaan suami dengan alasan penat bekerja. Bahkan lebih malang lagi, menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada pembantu rumah. Makan minum dan pakaian suami juga diuruskan oleh pembantu rumah. Senario ini sebenarnya menyumbang gejala skandal atau menggerakkan hati suami untuk mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Menghilangkan kemesraan dalam rumah tangga seterusnya boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga.

1.5 Pengurus

Isteri merupakan pengurus dalam sesebuah rumahtangga. Rumah tangga akan mencapai kebahagiaan apabila isteri bijak memainkan peranan sebagai;

 Pengurus kewangan

 Pengurus kesihatan

 Pengurus masa

Tidak dapat dinafikan, tiga aspek di atas sekiranya tidak diurus dengan bijak boleh menyebabkan krisis dalam sesebuah rumah tangga.

i. Pengurus Kewangan

Dalam sesebuah rumah tangga kita sering mendengar wanita adalah menteri kewangan. Namun, sebahagian wanita pula haruslah dikawal perbelanjaan mereka oleh suami. Isteri haruslah menjadi pengurus kewangan yang cekap dalam rumah tangga, kerana kewangan juga merupakan salah satu faktor penyumbang berlakunya krisis dalam rumah tangga. Justeru wanita haruslah menjadi pengurus yang cekap dalam menguruskan kewangan dalam rumah tangga, menguruskan kewangan dan harta sesuai dengan apa yang digariskan Islam.

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (Surah at-Talaq 65:7)

 Wanita haruslah bijak mengurus kewangan rumah tangga dan menentukan matlamat perbelanjaan. Isteri yang bijak akan mengkategorikan perbelanjaan kepada

a) Dharuriyyat

Perbelanjaan keperluan harian seperti makan, minum, pakaian, perubatan dan pendidikan. Sekiranya dharuriyyat diabaikan, ia akan mengancam lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

b) Hajiyyat

Keperluan yang melengkapkan keperluan asas seperti kipas, lampu, kenderaan dan sebagainya. Sekiranya tidak dilaksanakan akan mewujudkan suasana yang tidak selesa dalam rumah tangga.

c) Tahsiniyyat

Perbelanjaan untuk bermewah-mewah seperti kereta mewah, perhiasan mewah, memiliki lebih daripada sebuah rumah, perabot mewah dan sebagainya.

Justeru isteri yang bijak akan dapat mengurus kewangan mengikut kemampuan dan keperluan yang lebih utama. Sebagai muslimah pastinya akan mengamalkan wasatiah dalam kehidupan dan bersikap qanaah. Pengurusan kewangan seperti yang digariskan Islam akan membawa kepada keharmonian dalam rumah tangga.

 ii. Pengurus Kesihatan

Status kesihatan suami isteri yang baik merupakan satu komponen penting yang dalam menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan sebuah rumah tangga. Keadaan hidup akan menjadi sulit kerana pasangan terpaksa menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk mendapatkan rawatan semata-mata. Kesihatan yang terjejas juga tidak dapat melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna, bahkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengurusan rumah tangga. Justeru, wanita haruslah bijak mengurus kesihatan dalam rumah tangga seperti;

a) Menyediakan makanan yang seimbang

Amalan pemakanan yang seimbang adalah perlu untuk mencegah penyakit-penyakit seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Rasulullah menganjurkan umatnya supaya jangan makan berlebihan kerana amalan ini boleh menyebabkan berbagai-bagai penyakit. Sabda Baginda;

Sesungguhnya di antara perkara yang paling aku takut menimpa kamu ialah keinginan-keinginan yang melampau melalui perut kamu (pemakanan kamu), kemaluan kamu dan hawa nafsu yang menyesatkan (Riwayat Ahmad).

b) Mengamalkan tabiat harian yang baik

Wanita haruslah memberikan penerapan nilai yang baik dalam rumah tangga bagi memastikan keluarga dalam keadaan sihat. Persekitaran yang bersih dan tabiat yang juga mempengaruhi kesihatan seperti mengamalkan tabiat mencuci tangan sebelum dan selepas makan, mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, menggunakan air yang bersih untuk diminum, membersihkan kawasan persekitaran rumah dan membuang sampah di tempat yang sesuai.

c) Senaman secara berkala

Agama Islam sangat menggalakkan penganutnya untuk mengamalkan hidup yang sihat dengan melakukan riadah seperti berenang, berjoging dan sebagainya. Wanita yang dapat mengurus masa bersenam keluarga, bukan sahaja dapat menjaga kesihatan ahli keluarga, bahkan juga dapat mengeratkan ukhuwah keluarga.

iii. Pengurus Masa

Pengurusan masa dalam rumah tangga juga amat penting. Wanita yang tidak dapat mengurus masa dengan bijak juga merupakan punca berlakunya keretakan dalam rumah tangga. Tumpuan lebih kepada kerja sehingga mengabaikan tugas sebagai seorang isteri dan ibu boleh menimbulkan krisis dalam rumah tangga. Wanita yang mengurus masa dengan bijak boleh membahagikan masa untuk suami, anak-anak, kerja, kawan-kawan, waktu untuk beribadah dan juga menuntut ilmu.

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). dan (sekali lagi diingatkan) bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan (Surah al-hasyr 59:18).

Merenung ayat di atas wanita haruslah bijak membahagikan waktu dirinya dan keluarganya untuk:

Ibadah dan muhasabah diri

• Masa bekerja

• Mengurus keluarga dan bersama keluarga

• Rehat, riadah dan rekreasi

• Menziarahi ibubapa, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga

• Masyarakat

• Mengurus keperluan diri

• Menuntut ilmu

Kepimpinan Wanita Sebagai Ibu

1. Ibu solehah

Kahwini olehmu wanita yang pengasih lagi penyayang dan boleh melahirkan anak-anak yang ramai. Maka sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di hari kiamat nanti (Abu Daud).

 Lahirnya ramai generasi muslim dimantapkan lagi dengan didikan dan pegangan akidah yang utuh, pastinya akan boleh membuat Islam kembali gemilang di mata dunia. Anak-anak sering dikatakan sebagai penyeri rumah tangga. Fenomena hari ini, terdapat segelintir wanita yang tidak ingin melahirkan anak kerana takut menjejaskan kecantikan mereka. Manakala sesetengah wanita pula tidak mempunyai rezeki untuk mempunyai anak. Sebaliknya yang mudah mempunyai anak pula dibuang merata tempat. Itulah senario dunia hari ini.

Berbeza dengan ibu yang solehah, menjaga zuriat dengan sempurna sejak dari kandungan lagi. Pendidikan mula diberikan sejak di alam rahim dengan alunan dan bacaan ayat suci al-Quran kerana mengharapkan anak yang bakal lahir, akan mampu menjulang dan menegakkan syiar Islam. Kesabaran melayan karenah anak-anak setelah dilahirkan, dengan kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Kesedaran membesarkan dan menjaga anak-anak adalah amanah Allah, ketegasan dan lemah lembut menjadi prinsip dalam melayan anak-anak.

Ibu yang solehah sentiasa menjaga lisannya, kerana menyedari apapun yang keluar daripada mulutnya adalah doa untuk anaknya. Doa seorang ibu akan makbul. Oleh itu, ibu yang solehah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak dan keluarganya di dunia dan akhirat. Istiqomah untuk melakukan kebaikan dan sentiasa mendoakan kebaikan keluarga adalah sifat ibu yang solehah.

Berapa ramai ibu hari ini, yang bangun malam untuk mengadu dan solat hajat kepada Allah meminta anaknya tergolong dikalangan mereka yang menegakkan syiar Islam? Realitinya, ibubapa lebih menitiskan air mata kerana anak-anak tersingkir keluar dari pelbagai rancangan realiti di stesyen televisyen seperti Idola kecil, Akademi Fantasia, Mentor dan sebagainya.

Hakikat kebahagiaan adalah satu perkara yang relatif. Setiap orang berlainan dan berbeza penilaian pengertian mengenai kebahagiaan tersebut. Masing-masing bergantung kepada cara berfikir, latar belakang kehidupan dan lain-lainnya (Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz 1996: 31). Hanya wanita yang bergelar ibu solehah saja mampu memberikan nikmat kebahagiaan dalam rumah tangga.

2. Pendidik

Ibu merupakan guru pertama kepada anak-anak. Ibubapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuat anak-anak mengenal Allah.

Namun ibubapa hari ini menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata, sedangkan masa anak-anak adalah lebih banyak di rumah berbanding di sekolah. Keadaan disiplin anak-anak iaitu diperingkat kanak-kanak hingga remaja cukup membimbangkan. Justeru ibubapa tidak harus bersiap lepas tangan, tetapi haruslah seiring dan sama-sama menggembleng tenaga untuk memperbaiki sahsiah dan tingkah laku anak-anak hari ini.

Didikan sempurna dari rumah khususnya didikan agama merupakan senjata anak-anak untuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Ibu sebagai orang yang dekat haruslah berperanan sebagai pendidik. Anak-anak haruslah diajar mengenal Allah dan tujuan kita dijadikan di muka bumi ini. Didik anak untuk menutur perkataan yang baik dan sopan terhadap orang lain khususnya ibubapa dan orang yang lebih tua. Anak-anak diberi ruang untuk berfikir menangani masalah dan dibetulkan cara berfikir itu, dengan menyatakan sandaran dan harapan yang sebenar adalah kepada Allah bukan kepada makhluk.

 Kepimpinan Dalam Komunikasi

Konflik mungkin berlaku diantara suami isteri itu sendiri. Kebijaksanaan isteri dan suami untuk mengendalikan konflik di antara mereka agar tidak berterusan dan berakhir dengan penceraian. Kadang-kadang konflik juga boleh timbul disebabkan keluarga pihak suami (ipar-duai dan mertua), jiran tetangga dan sahabat handai suami. Oleh itu, bagi mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga isteri perlu bijak menangani dan mengurus konflik yang dihadapi.

 Dalam menangani masalah konflik ini, isteri haruslah mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi. Islam menganjurkan kita berbuat baik dan mengeratkan hubungan dengan ibubapa juga mertua, saudara dan jiran tetangga.

Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik (Luqman 31:15)

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi;

Kenalilah siapa keturunan kamu kerana dengannya akan menghubungkan pertalian silaturrahim. Sesungguhnya silaturrahim akan mewarisi kasih sayang di kalangan ahli keluarga.

Hadith lain menyebut;

Antara kebahagian seseorang muslim ialah mempunyai jiran yang baik, rumah yang luas dan kenderaan yang selesa (Riwayat Ahmad).

Berdasarkan dalil-dalil naqli di atas, apapun konflik yang berlaku isteri haruslah berusaha untuk berkomunikasi sebaik mungkin dengan ibubapa, keluarga, jiran dan juga masyarakat sekeliling bagi membaiki hubungan sesama muslim.

Islam telah menggariskan lelaki ataupun suami sebagai ketua terhadap wanita juga pemimpin dalam rumah tangga. Firman Allah:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan (Surah an-Nisa’: 34)

Namun dalam membina rumah tangga yang bahagia, wanita juga memainkan peranan yang penting. Tidak semua rumah tangga yang dibangunkan atas dasar cinta akan menikmati bahagia, adakalanya krisis melanda dalam rumah tangga sehingga menyebabkan keretakan dan keruntuhan sesebuah institusi rumah tangga.

Keluarga yang bahagia akan terbina sekiranya suami dan isteri mengetahui hak, tugas dan peranan masing-masing. Lelaki yang mengimpikan kebahagiaan dalam rumah tangga haruslah memilih wanita yang mempunyai kepimpinan dalam rumah tangga, juga mendidik isteri untuk menepati ciri-ciri kepimpinan dalam membina rumah tangga yang bahagia.

Pepatah ada mengatakan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun pasangan yang melihat dunia dalam dimensi akhirat, pastinya akan dapat menghadapi sebarang ujian dan cabaran dalam berumah tangga. Ini adalah kerana bagi mereka matlamat perkahwinan adalah untuk mendapat keredhaan, bukanlah untuk menikmati kepuasaan dunia semata-mata.

Apa yang perlu dititik beratkan, sebelum membina rumah tangga haruslah mempersiapkan diri mencakupi semua segi. Sikap sentiasa menimba ilmu akan membantu mewujudkan suasana yang harmoni, seterusnya menikmati kebahagiaan dalam rumah tangga. Isteri haruslah bijak berperanan menjadi teman, penyokong, pendengar, penasihat suami juga pendoa kepada kebahagiaan keluarga.

Renungkanlah adakah kita telah berusaha menjadi isteri yang solehah? Masih belum terlambat untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Semoga menikmati kehidupan sakinah yang penuh mahabbah war rahmah.

posted under | 0 Comments

Kita Milik Tuhan

Kerana kita milik Tuhan

Selayaknya kita menyembah Tuhan

Jangan lakukan larangan Tuhan

Tapi lakukan suruhan Tuhan

setiap langkah dalam kehidupan

kelak akan dipersoalkan

Kerana kita milik Tuhan

Akan kembali kepada Tuhan

Namun apakah yang kita lakukan

untuk membuat persiapan dalam kehidupan

juga bekalan bertemu Tuhan

Wahai diri ciptaan Tuhan

Tingkatkan iman

Tambahlah amalan

selagi nyawa dikandung badan

Itulah harapan yang diberikan Tuhan

untuk perbaiki kehidupan

Demi mendapatkan keredhaan Tuhan

posted under | 0 Comments

Fikir dan zikir

Mari kita fikir

fikir cara nabi

bukan nafsi-nafsi

fikir cara nabi

sentiasa sebarkan wahyu Ilahi

fikir nafsi-nafsi

tak kisah apa yang akan jadi

walau mungkar berlaku di sisi

fikir cara nabi

ajak manusia kenal Ilahi

fikir nafsi-nafsi

gapai redha Ilahi seorang diri

tidak peduli saudara sendiri

Wahai diri empunya Ilahi

walau beza bangsa dan rupa diri

tapi ukhuwwah dan agama mengikat diri

saling prihatin sesama sendiri

Fikir cara nabi

ajak manusia dekati Ilahi

fikir nafsi-nafsi

mempengaruhi manusia untuk berkelahi

demi mencapa kepentingan diri

mari kita fikir

melahirkan generasi yang rajin berzikir

tasbih dan takbir meniti di bibir

didik generasi basahkan lidah dengan berzikir

bagi mewujudkan baldatun toyyibatun wa robbun ghofur

posted under | 0 Comments

Tsunami Jepun dan al-Quran

1. Tarikh  berlaku Tsunami adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. So, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 32.

3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Quran ke 4.

1. Rujuk di Quran. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijr menyatakan;

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Kedudukan Jepun

Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui juzuk Al Quran. maka yang di pecahkan 14  32 so di pecahkan lagi 3
2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

Proved yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara Jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. Maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Sendai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
Proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

So 1+4+4+6 =15

So next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku gempa bumi.

4. Hari melapetaka.

Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14 32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1 4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Saya terbaca entri ini dan ingin bersama berkongsi bersama pembaca semua. Semoga bermanfaat.

Kejadian ini membawa saya teringat kepada kisah yang diceritakan di dalam al-Quran kisah banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh as. Apakah persediaan kita untuk menghadapi bencana Allah? Apakah kita kehidupan kita berakhir dalam husnul khatimah atau su il khatimah? Marilah kita berdoa

Allahummakhtim lana bi husnil khatimah wala takhtim a'laina bisuil khatimah

posted under | 0 Comments
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Rabu, 13 Julai 2011

Selasa, 12 Julai 2011

Jumaat, 8 Julai 2011

Jumaat, 10 Jun 2011

About Me

Foto Saya
Aminah Mohd Nasir
Saya sedang melanjutkan pengajian di Jabatan Pengajian Dakwah&Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM).
Lihat profil lengkap saya

Mutiara Kata

" Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang di namakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati "

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Saat ini

Anda Pelawat Ke

Hari akan terus berlalu

Basahi lidah dengan zikrullah

SHOUT BOX

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

~Let's Sing With Me~

Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Recent Comments