ADAB-ADAB TERHADAP AL-QURAN

Khairuddin bin Said dalam bukunya Kenali Al-Quran membincangkan adab dengan al-Quran berdasarkan penjelasan Abu Bakar Muhammad bin al-Husain al-Ajurri[1] menjelaskan adab yang mesti menghiasi diri setiap pembawa al-Quran. Sebagai langkah awal, pembaca al-Quran ditekankan agar mempunyai persiapan diri dari sudut rohani dan jasmani agar sesuai menjadi pembaca dan pengamal al-Quran.

            Pembaca al-Quran diberi pengiktirafan yang tinggi apabila dia disamakan dengan para malaikat yang amat taat kepada Allah. Oleh itu sewajarnya pembaca al-Quran berakhlak dengan akhlak mulia. Sentiasa bertaqwa dengan menanamkan sifat warak dalam semua tindakan sama ada yang nyata atau tersembunyi termasuk dalam urusan pakaian, makan dan minum serta pergaulan. Pembaca al-Quran juga mesti peka dengan persekitarannya dan sentiasa berwaspada terhadap maksiat yang berlaku serta berusaha mencegahnya. Apabila bercakap mesti dengan percakapan yang baik dan niat untuk melakukan islah dalam masyarakat.

            Pembaca al-Quran juga mesti memastikan diri terpelihara dari dosa terutama yang membawa kepada kefasikan. Semua perintah Allah mesti dilaksanakan dan larangan ditinggalkan dengan penuh keinsafan. Al-Quran umpama cermin yang memperlihatkan perbuatan baik atau buruk yang dilakukan. Semua undang-undang yang diperintahkan oleh Allah mesti dipatuhi sebaik mungkin. Dengan demikian seseorang itu telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang benar-benar membaca al-Quran yang menjadi pelindung, pembantu, saksi, teman dan pencegah azab di akhirat. Kesediaan untuk mengamalkan kandungan al-Quran dalam kehidupan menjadi kelaziman kerana pembaca al-Quran merupakan orang yang mempunyai pengetahuan.  Setiap perbuatannya bersumberkan ilmu, apabila bercakap dia akan bercakap dengan ilmu, apabila berhubung dengan orang lain dia berhubung dengan ilmu. Semua itu dapat memagari dirinya dari kesalahan atau menderhakai Allah.[2]

            Imam Nawawi dalam karangannya Adab-adab Bersama al-Quran  menyatakan perkara pertama yang menjadi kewajipan para pelajar al-Quran ialah ikhlas dan menjaga adab bersama al-Quran. Oleh itu, hendaklah mengingatkan dirinya bahawa dia sedang bermunajat  dengan Allah. Dia hendaklah membaca dalam keadaan orang yang melihat Allah. Jika dia tidak melihat Allah, maka Allah melihatnya. Selain itu, adab terhadap al-Quran yang turut dibincangkan  dalam buku tersebut ialah;[3]

1.    Apabila dia mahu membaca al-Quran, hendaklah dia membersihkan mulutnya dengan kayu siwak (sugi) atau lainnya. Kayu siwak hendaklah daripada pohon arak (sejenis pohon). Harus juga dia menggunakan apa sahaja dahan atau apa sahaja  yang boleh membersihkan seperti perca kain yang kasar, kain buruk atau seumpamanya. Adakah kelebihan bersiwak akan terhasil jika menggunakan jari? Ada tiga pendapat di sisi ulama’ mazhab Syafie. Pendapat yang paling masyhur ialah tidak terhasil. Pendapat kedua terhasil jika dia tidak mempunyai sesuatu yang lain dan tidak terhasil sekiranya dia mempunyai yang lain. Hendaklah dia bersiwak dengan cara melintang bermula daripada sebelah kanan mulutnya. Dia hendaklah berniat untuk melakukan sunnah.

Al-Mawardi seorang ulama’ mazhab Syafie berkata : “Disunatkan seseorang itu bersiwak pada sebelah luar dan dalam giginya. Dia hendaklah melakukan siwaknya pada tepi-tepi giginya dan umbi-umbi gerahamnya serta dinding halkumnya secara berhati-hati”.
2.    Disunatkan dia membaca al-Quran dalam keadaan bersuci. Tetapi jika dia membaca dalam keadaan berhadath, hukumnya adalah harus berdasarkan ijmak seluruh muslimin.

3.    Disunatkan membaca al-Quran pada tempat yang bersih dan terpilih. Oleh itu, sebahagian ulama’ menyatakan bahawa pembacaan al-Quran  disunatkan supaya dilakukan di masjid. Ini kerana masjid adalah satu tempat yang bersih dan mulia ditambah pula dengan mendapat satu fadhilat lain iaitu iktikaf. Mengenai hukum membaca al-Quran di dalam bilik mandi, ulama’ salaf berselisih pendapat tentang kemakruhannya. Ulama’-ulama’ mazhab kami berkata: “Tidak dimakruhkan”. Pendapat ini dinaqalkan oleh Imam Abu Bakar bin al-Munzir daripada Ibrahim al-Nakhaie dan Malik di dalam kitab al-Asyraf. Sebahagian ulama’ lain berpendapat ia adalah makruh. Diantara mereka ialah Ali bin Abu Talib sebagaimana yang diriwayatkan daripadanya oleh Ibnu Daud.

Manakala hukum membaca al-Quran di jalan, pendapat yang terpilih bahawa ia diharuskan dan tidak makruh jika tidak melalaikan pembacanya. Jika ia melalaikan, maka hukumnya adalah makruh sebagaimana Rasulullah SAW memakruhkan bacaan orang yang mengantuk kerana bimbang akan berlakunya kesilapan.

4.    Disunatkan kepada orang yang membaca al-Quran di luar sembahyang supaya menghadap kiblat. Dia hendaklah duduk di dalam keadaan khusyu’ penuh ketenangan dan kehebatan serta menundukkan kepalanya. Dia hendaklah duduk dengan memperelokkan adab dan ketundukannya sebagaimana dia duduk di hadapan gurunya. Inilah yang paling sempurna. Jika dia membaca dalam keadaan berdiri, atau berbaring, atau di atas katil, atau keadaan-keadaan yang lain hukumnya adalah harus dan dia mendapat ganjaran tetapi tidaklah sebanyak ganjaran membaca dalam keadaan yang pertama. Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 190-191;

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda  kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk serta semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi”.

5.    Apabila seseorang seseorang mula membaca al-Quran, hendaklah dia membaca isti’azah iaitu meminta perlindungan daripada Allah dengan berkata:

Aku mohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam.

Inilah pendapat jumhur pada ulama’. Sebahagian ulama’ berkata hendaklah membaca isti’azah itu selepas selesai membaca al-Quran. Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 98:
           
Oleh itu apabila kamu telah membaca al-Quran, maka hendaklah kamu memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam.

6.    Apabila memulakan bacaan, dia hendaklah berkeadaan khusyu’ dan tadabbur (memerhatikan. Dalil-dalil yang memerintahkan keadaan demikian amat banyak sehingga tidak terhitung dan amat masyhur. Inilah tujuan pembacaan yang dituntut yang menyebabkan dada menjadi lapang dan bercahaya. Firman Allah:

Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran (mentadabbur).
Surah al-Nisa’ : 82

Al-Quran ini sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) penuh dengan keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya. Surah Sod : 29.

Manakala M. Muhammad Zakariyya[4] mengkelaskan adab terhadap pembacaan al-Quran kepada 2 iaitu adab secara lahiriah dan batiniah. Setelah menggosok gigi dengan bersiwak ( menggunakan sejenis kayu pencuci gigi) dan berwudhuk, seseorang itu mestilah duduk di suatu tempat yang terpisah dari orang lain dalam keadaan hormat dan rendah diri dan mengadap ke arah kiblat. Kemudian  dengan hati yang penuh perhatian khusyuk dan girang menyelubungi suasana itu, seseorang  itu hendaklah membaca dan membayangkan setiap masa bahawa dia sedang membaca kalimah-kalimah Allah SWT.
Jikalau seseorang itu memahami maksudnya, hendaklah dia berhenti sekejap dan berfikir bila bertemu dengan ayat yang mengatakan janji baik dan keampunan dan hendaklah memohon kepadaNya keampunan dan kasih saying. Tentang ayat mengenai  seksaan dan amaran, seseorang itu hendaklah meminta perlindungan daripadaNya, kerana selain daripadaNya tidak ada lagi penolong.  Tentang ayat menyatakan Keagungan dan KemualianNya seseorang itu hendaklah mengucapkan Subhanallah (Maha Suci Allah). Jika dia tidak dapat mengeluarkan air matanya secara sendiri dengan membaca al-Quran , maka paksalah dirinya supaya menangis sedikit.

Janganlah membaca secara tergesa-gesa melainkan jika berhasrat untuk menghafalnya. Al-Quran itu hendaklah diletakkan di atas satu tempat yang tinggi di atas rehal atau bantal. Janganlah seseorang itu bercakap dengan orang lain ketika membacanya. Jikalau terpaksa bercakap dengan orang lain, lakukanlah selepas menutup al-Quran dan kemudiannya membaca ta’awuz (memohon perlindungan Allah daripada syaitan) sebelum membacanya semula. Jikalau orang ramai di sekeliling sibuk dengan tugas-tugas mereka maka hendaklah dibaca dengan suara perlahan. Sebaliknya jika tidak, bacalah dengan kuat.

Mashaikh telah menyebut enam peraturan secara lahiriah dan enam secara batiniah mengenai bagaimana hendak menghormati pembacaan al-Quran dapatlah disimpulkan sebagaimana perbincangan di bawah ini.

Adab secara lahiriah ialah;
                      i.        Ambil wudhuk dan kemudian duduk mengadap kiblat dengan cara yang penuh sopan.
                    ii.        Jangan membaca dengan terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul sebutan hurufnya.
                   iii.        Cubalah berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri untuk melakukannya.
                   iv.        Tindak balas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas.
                    v.        Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun menyebabkan gangguan.
                   vi.        Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadith yang menekankan amalan ini.

Adab secara batiniah ialah;
                      i.        Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan, iaitu menyedari tentang kemuliaan al-Quran.
                    ii.        Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus, Maha Agung dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripadaNya.
                   iii.        Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.
                   iv.        Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita. Pernah satu ketika, Rasulullah SAW berdiri seluruh malam membaca ayat berikut berulang kali.

Jika Engkau mengazabkan mereka, mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampunkan mereka, Engkaulah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Maidah ayat 118).
                    v.        Hendaklah ada kesan di hati tentang perkara-perkara yang terdapat di dalam potongan-potongan ayat yang dibacakan itu. Misalnya tentang ayat rahmat hati kita hendaklah penuh gembira. Dan tentang ayat yang membaca berita azab, hati kita hendaklah berasa takut dan gementar.
                   vi.        Telinga kita mestilah dipasang dengan penuh perhatian seolah-olah Allah yang Maha Berkuasa sendiri berkata-kata kepada kita dan pembaca itu mendengar  kepadaNya.
           
[1] Ajurri Muhammad bin al-Husayn (2003), Akhlaq Ahl al-Quran, tahqiq :Muhammad ‘Amr bin ‘Abd al-Latif, Beirut : Dar kutub al-‘Ilmiyah, m/s77-108.
[2]  Khairuddin Bin Said (2012), Kenali al-Quran, Johor Darul Takzim :Perniagaan Jaharbesa, m/s 175-176.
[3]  Imam Nawawi (2011), Adab-adab BersamaAl-Quran. Terj. Ust Hj.Anwar Fakhri bin Hj.Omar. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd. m/s 61-72
[4] M. Muhammad Zakariyya. 2009. Hikmah dan Fadhilat Al-Quran. Terj.  Abd.Aziz Bin Abd.Hamid. Kuala Lumpur : Darul Nu’man. m/s 8-11.

posted under | 0 Comments

KENALI AL QURAN

KENALI AL-QURAN

Al-Quran pada asalnya berpunca dari sifat perkataan ‘fuqlanun’ sama seperti perkataan ‘gufronun’  dan ‘syukronun’ dikatakan ‘ qoro’tuhu ’ , ‘qor an’, ‘qiro atan’  dan     qur anan’ dengan makna yang sama iaitu dibaca dengan bacaan. Penggunaan istilah al-Quran seerti dengan qiraat dapat dikesan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 17-18:[1]
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).  Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan malaikat Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.
            Kemudian nama tersebut telah menjadi nama khas yang merujuk kepada Kitab yang diwahyukan oleh Allah ke atas nabi Muhammad SAW sebagaimana dijelaskan oleh ayat berikut:[2]
“Sesungguhnya al-Quran itu memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”. Surah al-Israk : 9.

            Menurut Khairuddin Bin Said (2012), dalam memberikan pengertian yang khusus kepada makna al-Quran, para ulama’ telah mendefinisikan sebagai “kata-kata Allah Taala, diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW dan bersifat ibadah apabila membacanya.” ‘Kata-kata’ bermaksud semua jenis kata-kata apabila disandarkan kepada Allah ini akan membezakannya daripada makhluk yang lain seperti manusia, jin dan malaikat. ‘Diturunkan’ tempat keluar bagi kata-kata Allah yang hanya diketahui oleh Allah atau disampaikannya kepada malaikat untuk mereka mengetahui  dan tidak diturunkan atas manusia apapun. Bukan semua kata-kata Allah diturunkan bahkan yang diturunkan hanya sedikit sahaja. ‘Ke Atas Nabi Muhammad SAW’ untuk mengeluarkan kata-kata atau wahyu yang diturunkan ke atas nabi dan rasul yang terdahulu seperti Taurat ke atas Nabi Musa. ‘Bersifat ibadah apabila membacanya’ bermaksud al-Quran diperintahkan untuk dibaca dalam solat dan ibadah lain-lain.[3]

Al-Quran adalah kata-kata Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Kata-kata Allah yang mengandungi segala hukum dan perundangan ini dinamakan wahyu. Allah menetapkan setiap orang Islam wajib menggunakan al-Quran sebagai panduan hidup. Bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Allah menyenaraikan kewajipan ini dalam Rukun Iman ketiga iaitu beriman kepada Kitab Allah[4].

Al-Quran adalah kalamullah yang mempunyai nilai mukjizat yang tinggi. Ia diturunkan oleh Allah SWT kepada hamba dan rasulNya Nabi Muhammad SAW menerusi malaikat Jibril. Seterusnya diriwayatkan oleh para sahabat kepada tabiin sehinggalah sampai kepada kita dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya diambil kira sebagai sebaik-baik ibadah dan tidak akan tertolak akan kebenarannya.[5]

Dalam membahaskan definisi Al-Quran terdapat juga ulama’ yang memberi definisi al-Quran menurut bahasa dan istilah. Para ulama’ mempunyai pendapat yang berbeza dalam mendefinisikan al-Quran iaitu isim alam yang tidak mempunyai kata asal yang khusus merupakan firman Allah SWT sebagaimana kitab Taurat dan Injil.. ulama’ yang lain berpendapat bahawa kata al-Quran adalah Isim Masdar dari kata qara’a yang bererti mengumpulkan. Atau dari perkataan ‘al-Qiraah’ yang bereti mengumpulkan sebahagian huruf atau kata-kata kepada sebahagian yang lain tatkala dibaca. Antara dua pendapat tersebut tidak ada perbezaan. Hal ini kerana kata al-Quran itu pada asalnya merupakan isim Masdar yang mengikut wazan ‘fa’laan’, kemudia erti masdar tadi digunakan untuk erti istilah sehingga kata ‘Quran’ menjadi isim alam yang khusus merupakan firman Allah SWT[6].

Sebagaimana para ulama’ berbeza pendapat pengertian al-Quran dari segi bahasa, mereka juga berbeza pendapat mengenai pengertian al-Quran dari segi istilah syarak. Ada yang mengatakan bahawa al-Quran ialah firman Allah yang mudah diingat sebagaimana disebutkan Allah dalam surah al-Qamar ayat 17;
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Oleh sebab itu, kadang-kadang yang dimaksudkan dengan al-Quran adalah firman Allah yang tersusun dalam bentuk lafaz yang dapat dinyatakan secara sempurna dengan menggerakkan lisan. Kadang-kadang yang dimaksudkan dengannya ialah firman yang tersusun dalam hati, iaitu sebagaimana orang yang mengkhayal dalam hatinya tentang sesuatu pengertian ia tidak mengeluarkannya dengan bentuk lafaz yang diucapkan. Seperti yang dibicarakan dalam firman Allah surah Yusuf ayat 77;

Maka Yusuf menyembunyikan kejengkelan itu pada dirinya dan tidak menampakkannya kepada mereka. Dia berkata dalam hatinya “kamu lebih buruk kedudukanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu”.

Manakala para ulama’ ahli Usul Fiqh, ulama’ Bahasa dan para fuqaha’ atau ulama’ Fiqh, mereka berpendapat bahawa al-Quran  adalah firman yang tersusun dalam bentuk lafaz. Ini kerana penetapan hukum berdasarkan dalil dan mengetahui aspek-aspek sastera berada dalam al-Quran dan hal seperti itu tidak dapat dijangkau secara sempurna melainkan  dengan bentuk lafaz.

Adapun ulama’ Mutakallimin (ahli tauhid), mereka berpendapat bahawa al-Quran adalah firman Allah yang berada dalam ZatNya. Mereka berpendapat sedemikian bertujuan untuk mengetahui sifat-sifat Allah SWT. Mereka sepakat dalam definisi al-Quran secara bentuk lafaz kerana beriman kepada al-Quran dan terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW tidaklah sempurna kecuali dengan adanya lafaz-lafaz. Oleh itu, mereka menetapkan definisi al-Quran sebagai firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, disampaikan kepada kita secara mutawatir, merupakan mukjizat dan sesungguhnya membacanya pun dinilai  sebagai ibadah.[7]

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab kerana pembawanya iaitu Nabi Muhammad SAW juga berbangsa Arab. Baginda ditugaskan untuk menyampaikan kepada golongan berbangsa Arab. Justeru itu, tidak timbul pertikaian mengapa al-Quran perlu dibaca dalam bahasa Arab. Jawapannya cukup jelas iaitu bagi menjaga dan memelihara ketulenannya. Kekal membacanya dalam bahasa Arab juga bererti cara membaca al-Quran dapat diselaraskan seluruh dunia. Kesuciannya juga terpelihara sepanjang zaman. Selain itu, menunjukkan agama Islam mahukan pengikutnya bersatu. Al-Quran yang sistematik menyelamatkan agama Islam daripada diperkotak-katikkan  oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.[8]

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia membahaskan pengertian al-Quran dalam buku Metodologi Al-Quran dan Al-Hadith[9]  mengemukakan beberapa pendapat ulama’. Al-Quran dari bahasa maknanya antaranya ‘bacaan’ atau yang ‘dibaca’. Mengenai lafaz al-Quran para ulama telah memberi beberapa pendapat:
·                     Imam al-Syafie mengatakan al-Quran adalah nama khas kepada kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
·                     Manakala al-Farra’ pula mengatakan lafaz al-Quran di ambil daripada al-Qarain jamak daripada qarinah kerana ayat-ayatnya saling melengkapi antara satu sama lain dan beriring-iringan.
·                     Al-Lahyani berpendapat al-Quran diambil dari qaraa yang bermaksud bacaan. Inilah pendapat yang paling masyhur dikalangan ulama.

Berdasarkan perbahasan ulama di atas, dapatlah kita fahami bahawa al-Quran ialah kalamullah atau kata-kata Allah atau firman Allah yang diturunkan  kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril, dalam bahasa arab, disampaikan kepada kita secara mutawatir dan membacanya adalah merupakan ibadah.

[1] Khairuddin Bin Said (2012), Kenali al-Quran, Johor Darul Takzim :Perniagaan Jaharbesa, m/s 8.
[2]  Khairuddin Bin Said (2012), Kenali al-Quran, Johor Darul Takzim :Perniagaan Jaharbesa, m/s 8.
[3] Muhammad bin ‘Abd Allah al-Darras (1993), al-Naba’ al-Azim, Kuwait:Dar al-Qalm,m/s15-16.
[4] Muzayyanah Abdullah ( 2009), Apa Itu Al-Quran?, Selangor : PTS Islamika, m/s 1.
[5] Hj. Abu Najihat al-Hafiz(2002),Panduan bagi Hafiz-hafizah dan Qari-qariah, Selangor: Darul Iman Sdn.Bhd, m/s 1.
[6] Dr.Ahmad Jamaluddin Ali(2012), Naungan Kitab Allah, Johor : Jaharbesa, m/s 17.
[7] Dr.Ahmad Jamaluddin Ali(2012), Naungan Kitab Allah, Johor : Jaharbesa, m/s 18-19.
[8]  Muzayyanah Abdullah ( 2009), Apa Itu Al-Quran?, Selangor : PTS Islamika, m/s 78.
[9] Prof. Madya Dr.Ismail Yusoff, Prof.Madya Dr.Wahab Md.Salleh, Azwira Abdul Aziz & Ahamad Asmadi Sakat. 2006. Metodologi Al-Quran dan Al-Hadith. Bangi : Pusat Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.m/s4.

posted under | 0 Comments
Catatan Lama

Jumaat, 21 Jun 2013

About Me

Foto Saya
Aminah Mohd Nasir
Saya sedang melanjutkan pengajian di Jabatan Pengajian Dakwah&Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM).
Lihat profil lengkap saya

Mutiara Kata

" Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang di namakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati "

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Saat ini

Anda Pelawat Ke

Hari akan terus berlalu

Basahi lidah dengan zikrullah

SHOUT BOX

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

~Let's Sing With Me~

Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Recent Comments