KENALI AL QURAN

KENALI AL-QURAN

Al-Quran pada asalnya berpunca dari sifat perkataan ‘fuqlanun’ sama seperti perkataan ‘gufronun’  dan ‘syukronun’ dikatakan ‘ qoro’tuhu ’ , ‘qor an’, ‘qiro atan’  dan     qur anan’ dengan makna yang sama iaitu dibaca dengan bacaan. Penggunaan istilah al-Quran seerti dengan qiraat dapat dikesan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 17-18:[1]
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).  Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan malaikat Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.
            Kemudian nama tersebut telah menjadi nama khas yang merujuk kepada Kitab yang diwahyukan oleh Allah ke atas nabi Muhammad SAW sebagaimana dijelaskan oleh ayat berikut:[2]
“Sesungguhnya al-Quran itu memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”. Surah al-Israk : 9.

            Menurut Khairuddin Bin Said (2012), dalam memberikan pengertian yang khusus kepada makna al-Quran, para ulama’ telah mendefinisikan sebagai “kata-kata Allah Taala, diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW dan bersifat ibadah apabila membacanya.” ‘Kata-kata’ bermaksud semua jenis kata-kata apabila disandarkan kepada Allah ini akan membezakannya daripada makhluk yang lain seperti manusia, jin dan malaikat. ‘Diturunkan’ tempat keluar bagi kata-kata Allah yang hanya diketahui oleh Allah atau disampaikannya kepada malaikat untuk mereka mengetahui  dan tidak diturunkan atas manusia apapun. Bukan semua kata-kata Allah diturunkan bahkan yang diturunkan hanya sedikit sahaja. ‘Ke Atas Nabi Muhammad SAW’ untuk mengeluarkan kata-kata atau wahyu yang diturunkan ke atas nabi dan rasul yang terdahulu seperti Taurat ke atas Nabi Musa. ‘Bersifat ibadah apabila membacanya’ bermaksud al-Quran diperintahkan untuk dibaca dalam solat dan ibadah lain-lain.[3]

Al-Quran adalah kata-kata Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Kata-kata Allah yang mengandungi segala hukum dan perundangan ini dinamakan wahyu. Allah menetapkan setiap orang Islam wajib menggunakan al-Quran sebagai panduan hidup. Bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Allah menyenaraikan kewajipan ini dalam Rukun Iman ketiga iaitu beriman kepada Kitab Allah[4].

Al-Quran adalah kalamullah yang mempunyai nilai mukjizat yang tinggi. Ia diturunkan oleh Allah SWT kepada hamba dan rasulNya Nabi Muhammad SAW menerusi malaikat Jibril. Seterusnya diriwayatkan oleh para sahabat kepada tabiin sehinggalah sampai kepada kita dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya diambil kira sebagai sebaik-baik ibadah dan tidak akan tertolak akan kebenarannya.[5]

Dalam membahaskan definisi Al-Quran terdapat juga ulama’ yang memberi definisi al-Quran menurut bahasa dan istilah. Para ulama’ mempunyai pendapat yang berbeza dalam mendefinisikan al-Quran iaitu isim alam yang tidak mempunyai kata asal yang khusus merupakan firman Allah SWT sebagaimana kitab Taurat dan Injil.. ulama’ yang lain berpendapat bahawa kata al-Quran adalah Isim Masdar dari kata qara’a yang bererti mengumpulkan. Atau dari perkataan ‘al-Qiraah’ yang bereti mengumpulkan sebahagian huruf atau kata-kata kepada sebahagian yang lain tatkala dibaca. Antara dua pendapat tersebut tidak ada perbezaan. Hal ini kerana kata al-Quran itu pada asalnya merupakan isim Masdar yang mengikut wazan ‘fa’laan’, kemudia erti masdar tadi digunakan untuk erti istilah sehingga kata ‘Quran’ menjadi isim alam yang khusus merupakan firman Allah SWT[6].

Sebagaimana para ulama’ berbeza pendapat pengertian al-Quran dari segi bahasa, mereka juga berbeza pendapat mengenai pengertian al-Quran dari segi istilah syarak. Ada yang mengatakan bahawa al-Quran ialah firman Allah yang mudah diingat sebagaimana disebutkan Allah dalam surah al-Qamar ayat 17;
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Oleh sebab itu, kadang-kadang yang dimaksudkan dengan al-Quran adalah firman Allah yang tersusun dalam bentuk lafaz yang dapat dinyatakan secara sempurna dengan menggerakkan lisan. Kadang-kadang yang dimaksudkan dengannya ialah firman yang tersusun dalam hati, iaitu sebagaimana orang yang mengkhayal dalam hatinya tentang sesuatu pengertian ia tidak mengeluarkannya dengan bentuk lafaz yang diucapkan. Seperti yang dibicarakan dalam firman Allah surah Yusuf ayat 77;

Maka Yusuf menyembunyikan kejengkelan itu pada dirinya dan tidak menampakkannya kepada mereka. Dia berkata dalam hatinya “kamu lebih buruk kedudukanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu”.

Manakala para ulama’ ahli Usul Fiqh, ulama’ Bahasa dan para fuqaha’ atau ulama’ Fiqh, mereka berpendapat bahawa al-Quran  adalah firman yang tersusun dalam bentuk lafaz. Ini kerana penetapan hukum berdasarkan dalil dan mengetahui aspek-aspek sastera berada dalam al-Quran dan hal seperti itu tidak dapat dijangkau secara sempurna melainkan  dengan bentuk lafaz.

Adapun ulama’ Mutakallimin (ahli tauhid), mereka berpendapat bahawa al-Quran adalah firman Allah yang berada dalam ZatNya. Mereka berpendapat sedemikian bertujuan untuk mengetahui sifat-sifat Allah SWT. Mereka sepakat dalam definisi al-Quran secara bentuk lafaz kerana beriman kepada al-Quran dan terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW tidaklah sempurna kecuali dengan adanya lafaz-lafaz. Oleh itu, mereka menetapkan definisi al-Quran sebagai firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, disampaikan kepada kita secara mutawatir, merupakan mukjizat dan sesungguhnya membacanya pun dinilai  sebagai ibadah.[7]

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab kerana pembawanya iaitu Nabi Muhammad SAW juga berbangsa Arab. Baginda ditugaskan untuk menyampaikan kepada golongan berbangsa Arab. Justeru itu, tidak timbul pertikaian mengapa al-Quran perlu dibaca dalam bahasa Arab. Jawapannya cukup jelas iaitu bagi menjaga dan memelihara ketulenannya. Kekal membacanya dalam bahasa Arab juga bererti cara membaca al-Quran dapat diselaraskan seluruh dunia. Kesuciannya juga terpelihara sepanjang zaman. Selain itu, menunjukkan agama Islam mahukan pengikutnya bersatu. Al-Quran yang sistematik menyelamatkan agama Islam daripada diperkotak-katikkan  oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.[8]

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia membahaskan pengertian al-Quran dalam buku Metodologi Al-Quran dan Al-Hadith[9]  mengemukakan beberapa pendapat ulama’. Al-Quran dari bahasa maknanya antaranya ‘bacaan’ atau yang ‘dibaca’. Mengenai lafaz al-Quran para ulama telah memberi beberapa pendapat:
·                     Imam al-Syafie mengatakan al-Quran adalah nama khas kepada kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
·                     Manakala al-Farra’ pula mengatakan lafaz al-Quran di ambil daripada al-Qarain jamak daripada qarinah kerana ayat-ayatnya saling melengkapi antara satu sama lain dan beriring-iringan.
·                     Al-Lahyani berpendapat al-Quran diambil dari qaraa yang bermaksud bacaan. Inilah pendapat yang paling masyhur dikalangan ulama.

Berdasarkan perbahasan ulama di atas, dapatlah kita fahami bahawa al-Quran ialah kalamullah atau kata-kata Allah atau firman Allah yang diturunkan  kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril, dalam bahasa arab, disampaikan kepada kita secara mutawatir dan membacanya adalah merupakan ibadah.

[1] Khairuddin Bin Said (2012), Kenali al-Quran, Johor Darul Takzim :Perniagaan Jaharbesa, m/s 8.
[2]  Khairuddin Bin Said (2012), Kenali al-Quran, Johor Darul Takzim :Perniagaan Jaharbesa, m/s 8.
[3] Muhammad bin ‘Abd Allah al-Darras (1993), al-Naba’ al-Azim, Kuwait:Dar al-Qalm,m/s15-16.
[4] Muzayyanah Abdullah ( 2009), Apa Itu Al-Quran?, Selangor : PTS Islamika, m/s 1.
[5] Hj. Abu Najihat al-Hafiz(2002),Panduan bagi Hafiz-hafizah dan Qari-qariah, Selangor: Darul Iman Sdn.Bhd, m/s 1.
[6] Dr.Ahmad Jamaluddin Ali(2012), Naungan Kitab Allah, Johor : Jaharbesa, m/s 17.
[7] Dr.Ahmad Jamaluddin Ali(2012), Naungan Kitab Allah, Johor : Jaharbesa, m/s 18-19.
[8]  Muzayyanah Abdullah ( 2009), Apa Itu Al-Quran?, Selangor : PTS Islamika, m/s 78.
[9] Prof. Madya Dr.Ismail Yusoff, Prof.Madya Dr.Wahab Md.Salleh, Azwira Abdul Aziz & Ahamad Asmadi Sakat. 2006. Metodologi Al-Quran dan Al-Hadith. Bangi : Pusat Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.m/s4.

posted under |

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumaat, 21 Jun 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

About Me

Foto Saya
Aminah Mohd Nasir
Saya sedang melanjutkan pengajian di Jabatan Pengajian Dakwah&Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM).
Lihat profil lengkap saya

Mutiara Kata

" Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang di namakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati "

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Saat ini

Anda Pelawat Ke

Hari akan terus berlalu

Basahi lidah dengan zikrullah

SHOUT BOX

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

~Let's Sing With Me~

Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Recent Comments