Berdoalah kerana Allah mendengar doa kita

Keadaan yang memaksa untuk aku sentiasa bermusafir, demi menuntut ilmu. Berasak2 dengan orang ramai tidak seperti di tempat sendiri aku boleh memandu setiap kali ada urusan. Terasa berat bebanan dan rasa susah mencari keselesaan di tempat awam, memberi keinsafan betapa kita harus banyak menghadapi kesusahan agar sentiasa bersyukur saat merasai kesenangan . Demi menambah ilmu, aku menghadapinya dengan rasa senang hati kerana aku membuat sesuatu yg berfaedah saat aku menghadapi kesusahan itu.

Perjalanan pulang dari musafir selama 9jam akan tiba di rumah hampir waktu subuh. 1 cabaran yang perlu aku tempuhi adalah berada di bus stop berseorangan pada waktu dinihari. Saat kepekatan malam, berhampiran pokok2 besar aku masih bersendirian menunggu bapa menjemputku. Aku memandang sekeliling, gelap dan angin subuh amat segar. Kereta yang lalu di hadapan ada yg laju ada bergerak perlahan. Ya Allah..aku seorang wanita...aku bersendiri..siapa yg boleh melindungi aku???

Macam2 terlintas di fikiran saat bersendirian dalam kegelapan..hantu dgn rupa yg menyeramkan? Tidak..aku masih mampu menepis ketakutan kerana ada bekalan al-quran di dada. Aku yakin dengan kalam Allah yang akan melindungi aku.

Bagaimana pula Perompak...Perogol?Pemabuk? Anjing2 yg berkeliaran..owh aku sedikit kecut. Apa yg aku ada hanya beg pakaian dan beg laptop. Hati semakin kecut kerana bapa masih tidak muncul. Telefon pun tidak disambut. Anjing2 pula semakin berkejaran bergaduh sesama sendiri. Aku melihat sekeliling mencari sesuatu untuk dijadikan pertahanan. Anjing begitu banyak mana mungkin aku dapat menyelamatkan diri, hati semakin kecut.. Ya Allah, mengapa mesti aku berasa takut seperti ini. Aku duduk bertafakur seorang diri.Teringat 1 masa dulu pernah joging selepas subuh, kami memang dikejar anjing. Saat anjing menyalak dan mengejar mulut kumat kamit membaca ayat quran...lalu anjing yg mengejar berjalan bersama-sama kami.Subhanallah... Keyakinan kepada pertolongan Allah itulah yg perlu aku sematkan dalam diri kerana Allah yang menguruskan kehidupan ini..dan hanya kepada Allah aku memohon perlindungan. Aku terus membaca ayat quran membenteng diri dan anjing2 pun lari jauh ke sebelah kiriku...dan aku terus duduk di pondok bas bersendirian. kadang2 suasana akan jadi terang apabila ada kenderaan yg lalu.

Bapa masih tidak muncul. Semua orang yg ditelefon pun masih tiada jawapan. owh adakah aku harus menunggu hingga ke pagi bersendirian di pondok bas?? Bagaimana pula aku menghadapi manusia2 yg jahat? Lebih2 lagi aku seorang wanita..tarik nafas...segarnya udara pagi...santai saja..serahkan pada Allah dan yakin hanya Allah yang akan melindungi kerana sebelum melangkah keluar rumah aku telah berserah kepada Allah, jadi cuma perlu yakin bahawa hanya Allah yang akan melindungi.
Yakin dengan jaminan perlindungan Allah dan amalkan kalamullah sebagai benteng diri. Bagi rakan-rakan wanita mari sama2 amalkan doa ini untuk mengelakkan kejahatan jenayah cabul dan rogol.

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌفي الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني

آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ

وَأَحْصَنْتُ فرجي

إِلاَّ على زوجي

فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722

Sepanjang pengajian macam2 yg ditempuh dalam perjalan. Hanya bersendirian menjadi penumpang bas express yang mengambil masa berjam2 ditemani seorang pemandu dan konduktor bas. Memikirkan esoknya aku harus kerja, aku tetap melangkah kaki kerana tiada pilihan lain. Musafir kerana Allah, pastinya jihad jika terjadi apa2. Namun Allah tetap melindungiku. Benarlah pesan alim ulama, ke mana saja kita melangkah hati kita mesti sentiasa berzikir agar kita sentiasa dekat padaNya. Benarlah doa orang musafir itu makbul dan yakinlah Allah itu Maha Mendengar doa kita, dan Allah sentiasa menginginkan kita banyak meminta kepadaNya.

posted under | 0 Comments

Redha

Redha. Ini adalah satu juzu’ penting dalam kehidupan manusia, yang perlu dipunyai oleh insan bagi mencapai kehidupan yang tenang dan bahagia. Bagi teringin awet muda, maka redha adalah antara kunci utamanya.

Apakah makna redha?

Redha ialah menerima dengan rasa senang hati, lapang dada, atas segala apa yang telah ALLAH tentukan, baik berbentuk hukuman(arahan) atau qada’ ketentuan ALLAH SWT.

Dalam kehidupan kita sebagai manusia, pasti banyak perkara yang mengundang rasa tidak puas hati kita terhadapnya. Antara contoh yang terjadi,Kita hendak pergi ke majlis perkahwinan kawan kita.Tetapi ALLAH izin,banjir pula dalam perjalanan nak ke majlis perkahwinan kita . Banjir itu menghalang perjalanan kita untuk terus ke majlis perkahwinan kawan kita. Maka kita terpaksa membatalkan niat kita untuk teruskan perjalanan.

Perkara ini, jika dihadapi tanpa rasa redha, maka kita akan menyumpah-nyumpah segala apa yang ada di sekeliling kita. Dari perancang program, hinggalah cuaca, semuanya kita sumpah kerana geram tidak dapat pergi ke tempat indah itu. Redha yang tidak wujud membuatkan jiwa kita tidak tenang dan mudah dimasuki benci. Tanpa kita sedari, keimanan kita telah dicalarkan oleh syaitan tanpa perisai redha ini.

” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )

Redha ini sebenarnya adalah manifestasi keimanan kita kepada ALLAH SWT. Dari redha lah sebenarnya akan muncul ketaatan yang tidak berbelah bagi. Kita bukan setakat redha dengan qada’ ALLAH SWT. Tetapi kita juga redha dengan segala peraturan yang telah DIA tetapkan.
Kita tidak mempersoalkan, kenapa solat lima waktu bukannya empat? Kenapa kena tutup aurat dan tak boleh dedahkan aurat? Kenapa solat berjemaah lebih baik? Kenapa mesti bayar zakat? Kenapa mesti puasa sebulan bukannya sepuluh hari sahaja? Kenapa haji itu kena di Makkah sahaja? Kenapa jika mencuri kena potong tangan? Kenapa kalau berzina kena sebat?

Kita tidak tanya. Kita melaksanakan adalah kerana taat. Taat kita lahir dari redha. Redha kita datang dari iman. Kalau kita perhatikan, pada hari ini telah banyak kajian-kajian dilakukan dalam ibadah orang ISLAM. Saintis-saintis mendapati, sebagai contoh, dalam solat. Mereka mendapati solat ini banyak khasiatnya. Malah, bila solat berjemaah, semakin banyak pula khasiatnya.

Justeru kebanyakan manusia hari ini, bila ditanya, kenapa solat?

Mereka akan berkata, “ Ei, enta tak tahu ke, kalau solat ni, perjalanan akan berjalan dengan lebih lancar, kemudian kekuatan tubuh akan tercas semula..” dan pelbagai lagi teori sains yang telah dikaji dikeluarkan.

Saya tanya satu soalan. “ Apakah sahabat-sahabat Rasulullah dahulu solat kerana khasiat solat itu?”

Apa yang anda hendak jawab?

Sebenarnya, sahabat-sahabat dahulu, melaksanakan segala ibadah dalam ISLAM tanpa mengetahui adanya kelebihan dari segi saintifik dalam ibadah-ibadah itu. Mereka mengambil, melaksanakan ibadah-ibadah ini hanya atas dasar ketaatan. Ketaatan mereka yang tidak berbelah bagi itu terhasil dari rasa redha. Redha mereka datang dari iman yang utuh. Mereka tidak kisah berperang di tengah musim panas sehingga pecah-pecah kaki mereka, mereka tidak kisah berjuang mempertahankan ISLAM sehingga mengorbankan nyawa.

Semuanya kerana redha mereka kepada ALLAH SWT, bersumberkan keimanan mereka yang tinggi. Akhirnya mereka menjadi generasi yang paling berjaya di dalam sejarah.

Hari ini, kita, semua arahan ALLAH hendak kita pertikaikan. Bermula dari isu hudud, hinggalah isu poligami, semuanya hendak kita kata tidak relevan, menyusahkan dan sebagainya. Di manakah letaknya redha kita kepada pencipta kita? Saya ulang, di manakah letaknya redha kita kepada PENCIPTA kita?

Kita lihat apa yang ALLAH katakan terhadap golongan yang beriman dan taat dalam ISLAM…

“Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orangorang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.” (Surah Al-Bayyinah, ayat 7&8)

Ya..lihat ayat di atas. ALLAH redha pada mereka, dan mereka pun redha kepada ALLAH.

Redha ini, kita rasa bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan kepada kita. Jika sampai kepada kita ujian, bala, atau keburukan, kita bersangka baik kepadaNya. Bila sampai kebaikan, kesenangan dan kelapangan, kita semakin menambah ketaatan kita.

Dengan redha inilah, hati kita menjadi lapang dalam meneruskan kehidupan. Dengan redha ini jugalah, kita akan mencapai kekuatan.

Sebagaimana generasi awal meniti kesusahan mereka dengan keredhaan dan mereka berjaya, sepatutnya kita juga bergerak dalam keadaan sedemikian rupa.

Marilah kita sama-sama mendidik diri kita untuk redha kepada ALLAH SWT, arahan, perintah dan aturan serta peristiwa kehidupan yang telah DIA susunkan untuk kita.

Sumber : http://ms.langitilahi.com/

posted under | 0 Comments

Sistem hidup kita

Pergolakan demi pergolakan mewarnai kehidupan manusia hari ini. Baik pergolakan dalam diri sendiri, atau pergolakan yang melibatkan kehidupan semua insan di dunia ini. Dalam keadaan kekacauan merajai kehidupan manusia, masing-masing cuba mencari satu escapisme untuk menenangkan diri. Namun biasanya, escapisme yang diambil itu bersifat sementara, tidak kekal dan tidak membawa bahagia. Kenapa?

Kerana sistem untuk kehidupan yang kita ambil tidak selari, atau tidak sesuai dengan fitrah kita.

Untuk mencapai kekuatan, kecemerlangan, dalam bentuk yang menyeluruh, serta dalam perimeter yang lebih meluas, maka sistem yang hendak diambil mestilah sistem yang diberikan sendiri oleh PENCIPTA segala sistem yang ada di dunia ini.

Kita melihat sebentar ke alam sekeliling kita. Ada bijak pandai yang menyatakan bahawa alam ini tebrina dari pelbagai sistem. Sistem solar, sistem aliran darah, sistem kitaran oksigen, sistem di dalam sel, dan pelbagai lagi sistem yang mempunyai nama saintifik masing-masing(sila bertanya kepada yang pakar). Jika kita melihat, betapa sistem-sistem ini, tidak ganggu menganggu antara mereka, walau mereka berada di alam yang sama dan berlainan pula sistemnya. Siapakah yang menjaga sistem-sistem ini? Sudah pasti PENCIPTAnya.
“ Adakah tidak kamu lihat unta bagaimana ia diciptakan? Dan kepada langit bagaimana ia ditinggikan? Dan kepada gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan kepada bumi bagaimana ia dihamparkan?” Al-Ghasyiah ayat 17-20.

Hebat… Kita boleh ternganga kagum kalau kita memerhatikan semua sistem ini bergerak dengan teliti. Penuh teliti. Orang inggeris selalu berkata, flawless. Malah, bukan satu sistem yang flawless, ada banyak banyak sistem yang bergerak pada masa yang sama dalam keadaan flawless. Tanpa ralat. Hebatnya DIA yang mengaturkan sistem ini.

Manusia mengakui kehebatanNya dalam mengatur sistem-sistem maddi ini. Tetapi, manusia tetap tidak mengambil sistem hidup yang diaturkan olehNya secara penuh, syumul dan sempurna.

Sikap manusia, dia hendak bertegas menyatakan kebenaran itu adalah pada apa yang dia fikirkan. Sesungguhnya manusia ini lupa bahawa, akalnya yang berfikir itu juga adalah ciptaanNya. Sistem pemikiran yang diletakkan di dalam pemikirannya juga adalah ciptaanNya.

Adakah motor untuk menggerakkan kipas boleh digunakan untuk menggerakkan enjin kereta? Begitulah perbezaan ilmu manusia dengan ilmu PENCIPTAnya. Ah.. itupun masih bongkak dengan menyatakan sistem hidup rekaan mereka yang benar. Akhirnya, apakah yang sistem ini bawa?

Kehancuran. Itulah yang dibawa oleh sistem-sistem rekaan manusia ini.

Jika sistem-sistem yang manusia ini reka membawa kebahagiaan dan kekayaan sekalipun, itu hanyalah untuk sebahagian mereka yang berada di atas, yang mengawal sistem-sistem ini, bukan untuk semua peringkat. Dan bilangan manusia yang berada di atas itu amat sedikit. Mereka mengaut keuntungan dalam poket mereka sendiri apabila mereka melaksanakan sistem hidup rekaan manusia sebegini.

Hari ini, manusia mengeluh.

“ kenapa la jadi begini…”

“ Kenapa la jadi begitu…”

Dalam semua masalah dunia hari ini, manusia akan mengeluarkan pendapat masing-masing, bergaduhan sesama sendiri, berbunuhan, benci membenci, hidup dalam keresahan, tidur dalam kegelisahan, esok yang hendak ditempuhi sudah diisi dengan kerisauan, harta yang bertimbun tidak membeli kesenangan, miskin papa hanya akan terus dengan kepapaan.

Akhirnya, sebahagian kita merasakan mati adalah ubat.

Beginilah kasihannya keadaan manusia hari ini.Hidup tidak dirasakan satu anugerah yang mesti diisi dengan sebaiknya. Sebaliknya menganggapnya sebagai neraka yang perlu diakhiri dengan cepat.

Siapa yang suka dengan senyuman palsu? Siapa yang suka dengan jabatan tangan yang hanya lakonan?

Manusia hari ini mencari bahagia.Tetapi mereka tidak berjumpa.Saya tahu di mana bahagia ada.Di dalam sistem hidup yang diatur oleh PENCIPTA kita.

“ Dan KAMI turunkan kepada kau kitab(Al-Quran) untuk menjadi penjelasan kepada semua perkara, dan sebagai petunjuk dan juga rahmat serta berita gembira kepada orang yang beriman” An-Nahl ayat 89.

Sistem inilah yang membuatkan seorang peniaga kedai kecil di Jordan tersenyum kepada saya bila saya bergurau dengannya berkenaan kekayaan. Dia berkata kepada saya,

“ Kaya yang sebenar bukan kepada harta wahai anakku, harta itu akan berlalu, datang dan pergi. Itu bukan kekayaan yang sebenarnya. Kekayaan yang sebenarnya adalah pada apa yang ada di dalam hati. Kamu hidup dengannya, dan gembira dengannya” Sambil dia menyentuh dadanya.
Bagaimana dia boleh tenang dan senang sedemikian?

Kerana dia adalah antara manusia asing yang mengambil sistem PENCIPTA kita pada zaman hari ini. Gembira. Dunia dan akhirat.

“ Dan di antara mereka ada yang berdoa, wahai RABB kami, berikanlah kami di dunia ini kebaikan, dan di akhirat juga kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Mereka itulah yang mendapat bahagian dari apa yang mereka kerjakan, dan ALLAH Maha Cepat PerhitunganNya” Al-Baqarah Ayat 201-202.

Sumber : http://ms.langitilahi.com/

posted under | 0 Comments

HIDUP DALAM KEKUATAN

Bergerak dalam kehidupan hari ini, ramai manusia yang tidak hidup dalam kekuatan. Mereka sentiasa dibaluti resah, diselimuti gelisah dan akhirnya tenggelam dalam kehidupan yang gundah. Pelbagai perkara menyebabkan manusia hari ini lemah. Tetapi itu bukan persoalannya. Hal ini kerana, walau apa pun masalah manusia dalam menjadi lemah, penyelesaian kepada kelemahan ituhanya satu sahaja.

Manusia hakikatnya perlu yakin bahawa, pemberi kekuatan adalah Yang Maha Kuat itu sendiri. ALLAH, RABB kita, ILAH kita, itulah yang mengurniakan kekuatan kepada kita. Tetapi berapa ramaikah manusia yang bergerak menghampiriNya?

Di sini, saya tidak nyatakan menghampiriNya dengan sekadar sentiasa ke masjid, pakai jubah setiap hari, berjanggut panjang dan berserban, tidak. Ada sahaja yang berbuat demikian, tetap hidup dalam kelemahan. Dia tidak hidup dengan kehidupannya, melainkan dia hidup atas aturan manusia lain.

Bagaimana menghampiriNya?

Kita imbangi kehidupan kita. Kita gerakkan akhirat kita, dan kita jalankan dunia kita. Bukanlah imbangi di sini bermaksud membahagi dua. Akhirat 50%, dunia 50%. Ramai orang tersilap tafsir maksud mengejar dunia dan akhirat ini.

Hakikatnya, bila kita katakan imbangi, hal ini bermaksud, semua perkara dunia yang kita lakukan, hendaklah berlandaskan apa yang ALLAH telah susun, dan niat di hati perlulah ikhlas kerana ALLAH SWT.

Contohnya mencari nafkah untuk keluarga, mencari nafkah pastinya dunia, tetapi kita mencari nafkah itu, kerana hendak mendapat redha ALLAH, kita sedang menjaga keluarga kita untuk menjadi keluarga yang baik dan taat kepada ALLAH. Moga-moga dengan nafkah yang kita cari itu, keluarga kita akan lebih mudah untuk hidup dalam ketaatan kepada ALLAH.

Nampak? Bukannya 50:50, tetapi kita asimilasikan dunia kita dalam akhirat kita. Kekuatan ada pada manusia yang hidupnya dengan kehidupan sedemikian.

Dia nampak jelas bahawa pengakhirannya nanti, walau dia mati di atas katil, walau dia mati lemas di lautan, walau dia mati hancur kerana kapal terbang yang dinaikinya terhempas, dia tetap akan pulang kepada ALLAH SWT. Justeru setiap perkara dalam kehidupan perlu dijadikan saham bekalan untuk pulang bertemu denganNya. DIA telah memberikan kehidupan kepada kita, apakah yang membuatkan kita tidak boleh menjadikan kehidupan kita sebagai ibadah kepadaNya?
“ dan tidaklah KAMI menciptakan langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya hanya untuk bermain-main(sia-sia) sahaja” Ayat 16 Surah Al-Anbiya.

Manusia begini hidup dalam kekuatan. Setiap langkahan mereka adalah langkahan kegemilangan. Malah, manusia sebegini biasanya hidupnya tidak berseorangan. Dia akan mempunyai teman yang ramai, kerana dia bergerak atas fitrah ISLAM yang sebenar. Dia tidak tunduk kepada kehidupan manusia lain, dia tidak rasa dengki dan hasad dengan kekayaan manusia lain, dia tidak menjadi hamba kepada dunia, melainkan dunia itulah yang dijadikannya sebagai kuda untuk akhiratnya.

Manusia sebegini, dunia tidak memperkudakannya, melainkan dia memperkudakan dunia. Dia menarik segala kesenangannya, segala kelebihannya dalam kehidupan, untuk taat kepada ALLAH SWT pada tahap yang paling sempurna.

Jadi di dalam hatinya tiada kelemahan, di dalam kehidupannya tiada kehinaan. Manusia yang hidup sebegini, akan tenang menghadapi cabaran, akan tabah menghadapi dugaan. Manusia yang hidup sebegini, akan berjalan dengan langkahan kecemerlangan, akan bergerak dengan gerakan kegemilangan.

ALLAH SWT berfirman,
“ Katakanlah(wahai Muhammad), wahai hamba-hambaKu beriman! Bertaqwalah kepada RABB kamu. Bagi mereka yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan, dan bumi ALLAH itu luas. Hanya orang-orang yang bersabar yang akan disempurnakan pahalanya tanpa batas”Ayat 10 Surah Az-Zumar.

Kerana dia hidup dengan cara yang ditunjukkan oleh PEMBERI kehidupan.

Tetapi berapa ramaikah manusia yang hidup sedemikian?

Ramainya manusia, terikat menjadi hamba dunia. Sanggup berbunuhan bersama adik beradik sendiri kerana harta. Hidup tanpa sahabat kerana persaingan dunia. Hati penuh dengki, tidur pun menjadi tidak lena kerna aman tidak bertempat di hati. Harta bertimbun seperti gunung, tetapi jiwa tetap tidak merasa puas. Kehidupannya tercedea tanpa ada apa yang boleh mengubatinya. Kerna dia jauh dari DIA. Hubungannya kepada PENCIPTA ketenangan tiada, maka dari siapakah dia hendak meminta ketenangan?

“ dan sesungguhnya, jika kamu mentaati manusia seperti kamu, maka kamu akan tergolong di kalangan orang yang rugi, adakah dia(manusiayang ditaati itu) yang menjanjikan kepada kamu, bahawa apabila kamu sudah mati, menjadi tanah dan tulang belulang, kemudian kamu akan dikeluarkan dari kubur kamu?” Surah Al-Mu’minuun Ayat 34-35.

Manusia, kita hidup dan kita akan mati. Maka jadikanlah kehidupan kita sebagai kehidupan yang boleh dibanggakan di akhirat nanti. Hiduplah dalam kekuatan ISLAM, dan jauhilah kehinaan perkara lain. Pada hari yang dijanjikan, semua akan akan bergerak ke arahNya dalam keadaan kecewa, kecuali mereka yang datang kepadaNya dengan hati yang sempurna.

Hiduplah dengan kekuatan!

Sumber : http://ms.langitilahi.com/

posted under | 0 Comments

Jangan tiru mereka

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud.

posted under | 0 Comments

Allah mengatur segalanya

Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??! Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata

posted under | 0 Comments

bersyukur atau kufur?

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
                                                                              
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Setiap hari kita menikmati kurniaan Allah...kita senyum kerana gembira. kita menangis kerana sedih...tapi kita harus bersyukur masih hidup dan punya waktu untuk bertaubat kepada Allah. Berapa kalikah kita sujud syukur kepada Allah setiap hari?

tepuk dahi..bisik pada hati...AKU INGIN DEKAT PADAMU YA ILAHI..

posted under | 0 Comments

Aku terluka tapi bahagia

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk diri kita dan kehidupan kita pada masa depan.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.. Hari esok pun tidak pasti akan menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan seruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan terlalu kecewa kerana cinta, kerana bahagia bukan hanya pada cinta. Yang penting dalam hidup ini adalah mengejar cinta Ilahi. Yang penting dalam hidup ini mengumpul bekal untuk kehidupan yang abadi iaitu akhirat. Cukupkah bekalan kita? fikir dan congak amalan kita. Jika kurang tambah...jika rasa cukup???berbaloikah rasa itu???? tepuk dada tanyalah iman...

posted under | 1 Comments

JOM BERDAKWAH

Dakwah bermaksud seruan atau ajakan. Dalam konteks yang lebih khusus bermaksud seruan kepada Allah. Sebenarnya berdakwah adalah merupakan tugas penting para rasul, dan mereka dibangkitkan untuk berdakwah. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 36;

Dan sungguhnya kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

Berdasarkan ayat di atas dapatlah difahami bahawa berdakwah adalah wajib dan ia merupakan satu ibadah yang menghampirkan pendakwah dengan tuhan. Selepas ketiadaan rasul, tugas dakwah diwarisi oleh ulama. Dalam menjalankan tugas dakwah pada umumnya dibebankan kepada umat seluruhnya tanpa berkecuali, firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110;

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.

Bahkan Al-Quran menetapkan berdakwah itu adalah sifat orang yang beriman. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 71;

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Terdapat banyak contoh kisah dakwah para rasul  di dalam Al-Quran. Seharusnya kisah ini menjadi pengajaran kepada orang-orang yang sombong untuk bersyukur kepada Allah dan juga mengingkari segala perintah Allah. Kita mestilah menggunakan masa yang ada untuk menyempurnakan diri sebagai hamba Allah, bukannya menunggu azab Allah. Kisah Nabi Nuh juga haruslah diteladani oleh para pendakwah yang sentiasa mengajak amar makruf nahi mungkar agar tidak berputus asa dan sentiasa bersabar dengan karenah mad’u. Apapun usaha dan metodologi dakwah, kita perlu ingat, kita hanya mampu berusaha berdakwah, namun hanya Allah yang Maha Memberi Petunjuk kepada sesiapa yang diinginiNya. Sejarah menyaksikan kisah Nabi Nuh yang berdakwah ratusan tahun tetapi hanya berjaya membimbing lebih kurang 70 atau 80 orang beriman kepada Allah.

posted under | 0 Comments

Tuhan, manusia dan hantu

Tuhan menciptakan manusia dan hantu. Tetapi mengapa manusia lebih takut kepada hantu berbanding tuhan? Adakah kerana kewujudan hantu yang bertambah dari hari ke sehari sedangkan tuhan tetap satu? Adakah satu dapat melawan yang banyak? Kita akan terbayang bagaimana hebatnya seorang hero yang mengalahkan ramai musuh, seperti drama atau filem yang kita lihat. Jangan sesekali samakan Allah dengan makhluk ciptaanNya. Tiada apa yang dapat melawan kekuasaan Allah dan kehebatanNya.

Namun fikiran dan akidah umat masa kini semakin rapuh. Lihat saja apakah kegemaran dan perbuatan mereka untuk mengisi masa lapang? Adakah lebih kepada mendekati tuhan atau semakin menjauhi tuhan? Kegemaran anak muda masa kini menonton ( televisyen dan wayang), berpeleseran dan pelbagai amalan budaya hedonisme. Semakin lalai dan tidak takut kepada tuhan.

Mari kita lihat keadaan diri kita, saudara kita dan anak-anak kita dan masyarakat sekeliling kita. Bagaimana perasaan mereka apabila hendak tidur, hendak ke bilik air apalagi jika mereka bersendirian. Berani atau takut? Generasi kita semakin menjadi penakut tidak bertempat. Mengapa? Kerana mereka dihidangi oleh pelbagai cerita hantu. Ditambah lagi dalam sesetengah cerita hantu akan mengisahkan bagaimana orang yang berani dan tidak percaya kepada hantu akan diuji yang mana akhirnya akan percaya dengan kewujudan hantu. Filem dan cerita hantu sarat dengan adegan menakutkan, hantu muncul tiba-tiba dari belakang, bawah katil, menjelma sebagai orang yang dikenali sebelum bertukar menjadi wajah yang mengerikan dan sebagainya. Kebanyakan dalam cerita hantu ini, pelakon yang memainkan watak takut kepada hantu, akan berlari, menutup mata dan lari menarik selimut. Dalam filem seram Juon ( filem Jepun ), hantu muncul dari dalam selimut yang mana tentunya meninggalkan kesan yang amat menakutkan dalam diri penonton (khususnya kanak-kanak) tentang kewujudan hantu ini.

Televisyen dan cerita hantu semakin mendapat perhatian masyarakat melayu. Selepas kejayaan Puaka Niyang Rapik di TV3 yang dikhabarkan mendapat rating yang tinggi, drama dan filem seram semakin giat ditayangkan. Antara filem hantu dan seram yang mendapat perhatian penonton ialah jangan pandang belakang, jangan tegur, pontianak harum sundal malam, congkak, anak betung, cucu betung, keliwon, pocong dan sebagainya.

Kita sering mendengar bahawa tiada hantu pada hari jumaat. Tetapi semua hantu dikeluarkan dan dijelmakan di televisyen pada malam jumaat. Sedangkan malam dan hari jumaat adalah merupakan hari yang penuh keberkatan bagi mereka yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Hari jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan juga merupakan hari raya mingguan bagi umat Islam. Pihak televisyen di Malaysia mengembalikan ajaran animisme ke dalam pemikiran masyarakat khususnya umat Islam.
Edward B.Taylor menyatakan teori animisme sebagai kepercayaan yang mempercayai setiap benda mempunyai jiwa atau roh yang memiliki keperibadian tersendiri. Masyarakat melayu juga mempercayai wujudnya bahawa roh yang hidup bersama-sama dengan manusia dan dianggap berasal daripada manusia yang telah meninggal dunia. Roh ini dipercayai selalu berada di tengah pergaulan mereka, mengawasi anak cucu yang masih hidup. Keyakinan ini menimbulkan rasa takut seterusnya menyebabkan wududnya adat memuja nenek moyang yang telah meninggal dunia. Roh dianggap mempunyai kuasa sakti dan muncullah bomoh, pawang serta orang tertentu yang dihormati dalam masyarakat kerana dipercayai mempunyai kelebihan berhubung dengan alam ghaib.

Bukan sahaja filem melayu, bahkan negara lain juga ada membuat filem mengenai hantu dan kebanyakannya hantu yang ditonjolkan lebih kurang sama. Contoh hantu yang dilakonkan iaitu kepala yang terbang menghisap darah orang beranak, hantu polong yang digunakan untuk menghasut manusia, hantu puntianak dari perempuan mati bersalin, toyol, pelesit, hantu bungkus dan juga makhluk halus dari kalangan jin dan bunian. Tidak cukup dengan lakonan, beberapa majalah melaporkan ulasan artis tentang pengalaman-pengalaman pelik semasa melakukan penggambaran. Semua cerita hantu ini membuatkan penonton menyemat dalam hati bahawa hantu itu wujud.

Malah filem Thailand, Korea dan Jepun menayangkan ahli agama boleh menyembuhkan penyakit dan menghalau hantu. Para penonton dan anak-anak yang tidak mempunyai kekuatan akidah, pastinya akan terfikir semua ahli agama (Buddha, Hindu dan Kristian) mempunyai kuasa dan boleh melawan kuasa hantu. Apa yang kita risaukan sekiranya mereka mempersoalkan status kebenaran agama Islam. Semoga kita dan keluarga kita bebas dari kecelaruan kerana jelas dalam Al-Quran mengatakan :

Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai pada sisi Allah ialah Islam

Persoalannya, siapakah hantu? Adakah hantu ini benar-benar wujud? Tiada dalil Al-Quran yang menyatakan tentang kewujudan hantu di dunia ini. Tetapi Allah menyebut tentang kewujudan iblis di dalam Al-Quran. Tahukah kita bahawa hantu yang dikenali sebagai hantu penanggal, pocong, pontianak, toyol, hantu raya dan sebagainya adalah dari kalangan syaitan dan iblis? Kita semua maklum, bahawa iblis dan syaitan adalah makhluk yang dilaknat Allah juga merupakan musuh utama kepada manusia.

Mari lihat beberapa ayat Al-Quran yang menceritakan tentang iblis di dalam Al-Quran. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 50 ;

Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis dia adalah dari golongan jin, Maka ia menderhakai perintah Tuhannya.

Ayat di atas menceritakan iblis adalah dari golongan jin. Kita mempercayai kewujudan jin kerana Al-Quran menceritakannya. Surah Jin mengisahkan tentang kehidupan jin, bahawa mereka seperti manusia juga ada yang beriman dan ada yang kafir. Jin merupakan makhluk halus dan menurut ahli tafsir jin yang jahat (kafir) dinamakan syaitan.

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 128 ;

Dan (Ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia

Oleh itu, janganlah biarkan diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling kita tergolong dalam manusia yang disesatkan oleh syaitan. Mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan manusia dan tidak akan berputus asa untuk membawa kita ke neraka. Justeru itu, patutkah timbul perasaan takut di dalam hati kita terhadap hantu hanya kerana menjelma dalam keadaan yang menyeramkan dan mengejutkan? Ingatlah bahawa itu strategi halus syaitan, untuk memesongkan akidah kita kepada Allah. Takut kepada hantu bukan kepada Allah menunjukkan kerapuhan iman kita kepada Allah. Jika tersemat kuat dalam hati kita bahawa Allah yang lebih Berkuasa dan Maha Esa, apapun gambaran hantu yang datang pada kita tidak akan menakutkan kita dan menggoyahkan iman kita kepada Allah. Ketakutan kita wajiblah hanya pada Allah.

Firman Allah dalam surah yunus ayat 31

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang Kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah". Maka Katakanlah "Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?"

Ayat di atas menceritakan tentang sikap masyarakat jahiliah mengenai kepercayaan kepada kewujudan Allah. Jika diperhatikan ayat di atas, masyarakat jahiliah tahu bahawa Allah menciptakan alam ini dan wajib disembah. Itulah pengakuan kaum jahiliah, namun mereka tetap menyembah patung berhala. Apakah bezanya kita dengan masyarakat jahiliah dalam ayat di atas? Kita hidup dalam arus kemodenan, mengaku Allah itu tuhan kita, tetapi siapakah yang kita takuti? Tuhan atau hantu? Yang pasti 2 suku kata ini tu..han...jika dibaca secara terbalik pun tetap ada yang takut. Jika takut pada tuhan, kuatlah iman, sebaliknya jika takut pada hantu rosaklah iman.

Memang benarlah tiada hantu, bukan sahaja pada hari jumaat tetapi setiap hari. Malangnya, ramai manusia hari ini yang ingin menjadi seperti hantu. Lihat sahaja ahli kumpulan blackmetal dan penyanyi rock barat, yang akan tampil dalam pelbagai solekan dan rupa yang amat mengerikan. Bagaimana pula dengan mereka yang membuang bayi, manusia yang mendera, perogol, perompak dan sebagainya? Bukankah mereka juga lebih dahsyat daripada hantu?

posted under | 1 Comments

Bencana Alam VS Hukuman Tuhan

Pada 30 september 2009, negara jiran kita Indonesia telah dilanda musibah lagi. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Ritcher menggegarkan bumi Sumatera Barat, memanjang dari Kota Padang ke Pariaman menyisir banjaran Singgalang. Tanah gelongsor dan jerlus berlaku di merata tempat, ribuan manusia menjadi mangsa. 3 buah pekampungan tenggelam ditelan bumi. Adakah kita melihat kejadian ini sebagai bencana alam atau hukuman tuhan?
Secara teori, gempa berlaku apabila wujudnya proses pergerakan dalam bumi yang dikenali sebagai hanyutan benua. Menurut teori ini, kerak bumi terapung di atas magma, iaitu sejenis batu cair dan hanyut secara perlahan-lahan. Kerak bumi pula terbahagi kepada 10 kepingan dikenali sebagai lithospherik. Sempadannya ditandai oleh banjaran gunung berapi dan kawasan gempa bumi.

Terdapat 3 jenis sempadan lithospherik yang mempengaruhi bentuk muka bumi.

1. Apabila kerak bumi menjauhi sesama sendiri sehingga magma keluar membentuk kerak baru dipanggil rabung lautan.

2. Kerak bumi bertembung dan menjulang ke atas lalu menghasilkan gunung atau satu kerak terbenam di bawah kerak lain berubah menjadi gunung berapi.

3. Kerak bumi bergerak secara selisih sesama sendiri.

Pergerakan kerak bumi ini tertahan oleh geseran sesama kerak bumi. Apabila daya pergerakan lithospherik melebihi daya geseran, kerak bumi akan bergerak dan bergesel secara mengejut. Geseran ini dikenali sebagai gempa bumi. Kawasan di mana gegaran bumi berlaku dikenali sebagai ‘tumpuan’ yang boleh berlaku beratus-ratus kilometer dalam tanah sementara permukaan bumi tepat di atas tumpuan dilabelkan sebagai pusat gempa atau ‘epicentre’.

Faktor-faktor penyebab gempa bumi;

1. Bergeser dan terpisahnya lapisan-lapisan yang terdapat dalam kerak bumi.
2. Adanya letusan gunung berapi yang sangat dahsyat. Letusan yang dahsyat tersebut, selain menyebabkan goncangan yang kuat juga sering menyebabkan gelombang ombak yang sangat tinggi di lautan yang terkenal dengan nama gelombang ‘Tsunami’.

Jenis gempa bumi
Daripada faktor-faktor penyebabnya, gempa bumi dapat digolongkan kepada dua.

1. Gempa Tektonik
Gempa ini terjadi kerana lapisan kerak bumi yang keras menjadi genting dan akhirnya bergerak. Teori ‘Tektonik Plate’ menjelaskan bahawa bumi terdiri daripada beberapa lapisan batuan, sebahagian besar lapisan kerak itu akan hanyut dan mengapung di lapisan seperti salji. Lapisan tersebut bergerak perlahan sehingga berpecah-pecah dan bertaburan antara satu sama lain.

2. Gempa Vulkanik
Gempa ini terjadi kerana terdapatnya letusan gunung berapi yang sangat dahsyat. Ketika gunung berapi meletus, getaran dan goncangan letusannya dapat dirasai sehingga sejauh 20 KM. Gempa ini jarang terjadi jika dibandingkan dengan Gempa Tektonik.

Meskipun dari sudut geografi, Malaysia tidak termasuk negara yang ditimpa gempa bumi, tetapi negara ini masih berada dalam kawasan pelantar pergerakan bawah tanah aktif. Antara tempat yang dikenal pasti sebagai pusat gempa ialah Miri ( Sarawak ), Lahad Datu ( Sabah ), Tawau ( Sabah ) dan kawasan Gunung Kinabalu.

Sebab berlaku gempa bumi juga disentuh dalam Al-Quran. Antaranya ialah apabila gunung-ganang yang menjadi pasak mengukuhkan bumi sudah diratakan untuk tujuan pembangunan. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 41

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ( ke jalan yang benar ).

Mari kita susuri tarikh dan waktu kejadian di Padang Sumatera dengan ayat Al-Quran

Tarikh Gempa : 30.9.2009

Surah Ar-Rum 30 : 9

{أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (9)} [الروم : 9]

Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat ( yang dideritai ) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah ( bercucuk tanam ) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa mereka ( ini ) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka rasulNya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tidak hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.

Waktu berlaku gempa 17:16 WIB ( Waktu Indonesia Barat )

Surah Al-Isra’ ( 17:16 )

Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Waktu berlaku gempa susulan 17:58 WIB

Surah Al-Isra’ ( 17:58 )

Tiada antara penduduk suatu negeripun ( yang derhaka penduduknya ), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab ( Loh mahfuz ).

Setelah merenungi ayat di atas, masihkah kita memikirkan kejadian gempa bumi ini sebagai bencana alam? Tahukah kita senario kehidupan masyarakat yang dilanda musibah ini? Renungkan pula firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 96 ;

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Apapun, setiap perkara yang berlaku dijadikan Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaanNya. Bencana alam atau hukuman tuhan, yang penting kita hendaklah melihat dengan penuh keinsafan dan menyedari kelemahan kita sebagai hamba Allah. Musibah yang berlaku adalah ujian untuk mematangkan umat Islam. Tragedi gempa bumi dan bencana alam yang lain, bukanlah perkara yang baru tetapi telah dilakarkan dalam kanvas sejarah. Kisah teladan ini banyak diceritakan dalam Al-Quran sebagai pengajaran kepada mereka yang ingin mengambil teladan. Sehebat mana alat yang dicipta manusia untuk mengesan dan mengawal bencana alam, tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah yang akan menurunkan azabNya.

posted under | 2 Comments

How Are You Lucky Today ?

Kita sering ingin tahu apa yang akan terjadi dan bagaimana kehidupan kita seterusnya. Apakah rupa masa depan kita? Kalau dahulu, orang akan berjumpa dengan tukang tilik atau tukang ramal untuk mengetahui nasib mereka. Tetapi seiring dengan kemajuan zaman, tukang tilik juga semakin moden. Mudah didapati dan ditemui, hanya tekan di hujung jari kita akan berjumpa dengan tukang tilik.

Sebagai umat Islam, perbuatan ini adalah berdosa kerana jelas diterangkan dalam Al-Quran. Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 90
Wahai orang-orang yg beriman, sesungguhnya arak, judi dan bertenung nasib adalah keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu, hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan.

Tanpa sedar kita juga seperti berjumpa dengan tukang tilik. Buktinya kita sering membaca horoskop di majalah, akhbar dan internet. Walaupun sekadar suka-suka tetapi ianya menjurus ke arah perbuatan menilik nasib.

Lihatlah berapa ramai pengguna facebook yang sering menjawab pelbagai kuiz tentang masa hadapan berkaitan nasib, cinta, jodoh dan sebagainya? Walaupun pada mulanya niat mereka hanya untuk suka-suka, tetapi sekiranya kebetulan tentunya terdetik di hati mengiyakan ramalan tersebut. Setelah menjawab pelbagai soalan, mengapa harus dipaparkan peratus tuah mereka? Tentunya mereka ingin berkongsi dengan rakan facebook yang lain, tentang tuah mereka pada hari tersebut. Semua ini, boleh menjebakkan diri kita sedikit demi-sedikit melupakan qadak dan qadar Allah. Sekaligus merosakkan akidah kita. Sedangkan segala yang berlaku adalah takdir Allah yang telah tercatat sejak azali lagi di Loh Mahfuz.

ONLINE PSYCHIC TO KNOW YOUR FUTURE

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya. Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia.

Hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Allah telah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam Al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohong serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Kita sering merancang masa depan kita. Bagaimana perbelanjaan kita dan anak-anak serta keluarga. Kita membuat persiapan yang rapi agar masa depan kita lebih terjamin. Kita berusaha upgrade ilmu, kita menyimpan duit untuk masa depan diri dan keluarga.Tidak kurang juga dengan persediaan insurans, bagi menjamin keselamatan diri, keluarga dan harta.

Tetapi berapa ramai yang merancang untuk hari yang kekal abadi? Bagaimana pula dengan persiapan hari akhirat? Adakah kita juga membuat tabungan untuk hari perhitungan kita? Itulah sepatutnya persiapan yang lebih utama. Kita harus tahu, kebahagiaan sebenar adalah kehidupan di akhirat. Sedarkah kita apakah keperluan penting untuk diri dan keluarga kita?? Iman, ilmu dan amal adalah penentu tuah kita di hari yang mendatang, hari yang kekal abadi.

Marilah bersama memikirkan dan merancang tuah kita di masa hadapan yang lebih abadi.

posted under | 6 Comments
Catatan Terbaru Laman utama

Sabtu, 25 Disember 2010

Ahad, 28 November 2010

Sabtu, 27 November 2010

Jumaat, 17 September 2010

Jangan tiru mereka

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Allah mengatur segalanya

Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??! Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata

Jumaat, 6 Ogos 2010

bersyukur atau kufur?

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
                                                                              
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Setiap hari kita menikmati kurniaan Allah...kita senyum kerana gembira. kita menangis kerana sedih...tapi kita harus bersyukur masih hidup dan punya waktu untuk bertaubat kepada Allah. Berapa kalikah kita sujud syukur kepada Allah setiap hari?

tepuk dahi..bisik pada hati...AKU INGIN DEKAT PADAMU YA ILAHI..

Isnin, 26 Julai 2010

Aku terluka tapi bahagia

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk diri kita dan kehidupan kita pada masa depan.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.. Hari esok pun tidak pasti akan menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan seruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan terlalu kecewa kerana cinta, kerana bahagia bukan hanya pada cinta. Yang penting dalam hidup ini adalah mengejar cinta Ilahi. Yang penting dalam hidup ini mengumpul bekal untuk kehidupan yang abadi iaitu akhirat. Cukupkah bekalan kita? fikir dan congak amalan kita. Jika kurang tambah...jika rasa cukup???berbaloikah rasa itu???? tepuk dada tanyalah iman...

Khamis, 10 Jun 2010

JOM BERDAKWAH

Dakwah bermaksud seruan atau ajakan. Dalam konteks yang lebih khusus bermaksud seruan kepada Allah. Sebenarnya berdakwah adalah merupakan tugas penting para rasul, dan mereka dibangkitkan untuk berdakwah. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 36;

Dan sungguhnya kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

Berdasarkan ayat di atas dapatlah difahami bahawa berdakwah adalah wajib dan ia merupakan satu ibadah yang menghampirkan pendakwah dengan tuhan. Selepas ketiadaan rasul, tugas dakwah diwarisi oleh ulama. Dalam menjalankan tugas dakwah pada umumnya dibebankan kepada umat seluruhnya tanpa berkecuali, firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110;

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.

Bahkan Al-Quran menetapkan berdakwah itu adalah sifat orang yang beriman. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 71;

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Terdapat banyak contoh kisah dakwah para rasul  di dalam Al-Quran. Seharusnya kisah ini menjadi pengajaran kepada orang-orang yang sombong untuk bersyukur kepada Allah dan juga mengingkari segala perintah Allah. Kita mestilah menggunakan masa yang ada untuk menyempurnakan diri sebagai hamba Allah, bukannya menunggu azab Allah. Kisah Nabi Nuh juga haruslah diteladani oleh para pendakwah yang sentiasa mengajak amar makruf nahi mungkar agar tidak berputus asa dan sentiasa bersabar dengan karenah mad’u. Apapun usaha dan metodologi dakwah, kita perlu ingat, kita hanya mampu berusaha berdakwah, namun hanya Allah yang Maha Memberi Petunjuk kepada sesiapa yang diinginiNya. Sejarah menyaksikan kisah Nabi Nuh yang berdakwah ratusan tahun tetapi hanya berjaya membimbing lebih kurang 70 atau 80 orang beriman kepada Allah.

Sabtu, 1 Mei 2010

Tuhan, manusia dan hantu

Tuhan menciptakan manusia dan hantu. Tetapi mengapa manusia lebih takut kepada hantu berbanding tuhan? Adakah kerana kewujudan hantu yang bertambah dari hari ke sehari sedangkan tuhan tetap satu? Adakah satu dapat melawan yang banyak? Kita akan terbayang bagaimana hebatnya seorang hero yang mengalahkan ramai musuh, seperti drama atau filem yang kita lihat. Jangan sesekali samakan Allah dengan makhluk ciptaanNya. Tiada apa yang dapat melawan kekuasaan Allah dan kehebatanNya.

Namun fikiran dan akidah umat masa kini semakin rapuh. Lihat saja apakah kegemaran dan perbuatan mereka untuk mengisi masa lapang? Adakah lebih kepada mendekati tuhan atau semakin menjauhi tuhan? Kegemaran anak muda masa kini menonton ( televisyen dan wayang), berpeleseran dan pelbagai amalan budaya hedonisme. Semakin lalai dan tidak takut kepada tuhan.

Mari kita lihat keadaan diri kita, saudara kita dan anak-anak kita dan masyarakat sekeliling kita. Bagaimana perasaan mereka apabila hendak tidur, hendak ke bilik air apalagi jika mereka bersendirian. Berani atau takut? Generasi kita semakin menjadi penakut tidak bertempat. Mengapa? Kerana mereka dihidangi oleh pelbagai cerita hantu. Ditambah lagi dalam sesetengah cerita hantu akan mengisahkan bagaimana orang yang berani dan tidak percaya kepada hantu akan diuji yang mana akhirnya akan percaya dengan kewujudan hantu. Filem dan cerita hantu sarat dengan adegan menakutkan, hantu muncul tiba-tiba dari belakang, bawah katil, menjelma sebagai orang yang dikenali sebelum bertukar menjadi wajah yang mengerikan dan sebagainya. Kebanyakan dalam cerita hantu ini, pelakon yang memainkan watak takut kepada hantu, akan berlari, menutup mata dan lari menarik selimut. Dalam filem seram Juon ( filem Jepun ), hantu muncul dari dalam selimut yang mana tentunya meninggalkan kesan yang amat menakutkan dalam diri penonton (khususnya kanak-kanak) tentang kewujudan hantu ini.

Televisyen dan cerita hantu semakin mendapat perhatian masyarakat melayu. Selepas kejayaan Puaka Niyang Rapik di TV3 yang dikhabarkan mendapat rating yang tinggi, drama dan filem seram semakin giat ditayangkan. Antara filem hantu dan seram yang mendapat perhatian penonton ialah jangan pandang belakang, jangan tegur, pontianak harum sundal malam, congkak, anak betung, cucu betung, keliwon, pocong dan sebagainya.

Kita sering mendengar bahawa tiada hantu pada hari jumaat. Tetapi semua hantu dikeluarkan dan dijelmakan di televisyen pada malam jumaat. Sedangkan malam dan hari jumaat adalah merupakan hari yang penuh keberkatan bagi mereka yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Hari jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan juga merupakan hari raya mingguan bagi umat Islam. Pihak televisyen di Malaysia mengembalikan ajaran animisme ke dalam pemikiran masyarakat khususnya umat Islam.
Edward B.Taylor menyatakan teori animisme sebagai kepercayaan yang mempercayai setiap benda mempunyai jiwa atau roh yang memiliki keperibadian tersendiri. Masyarakat melayu juga mempercayai wujudnya bahawa roh yang hidup bersama-sama dengan manusia dan dianggap berasal daripada manusia yang telah meninggal dunia. Roh ini dipercayai selalu berada di tengah pergaulan mereka, mengawasi anak cucu yang masih hidup. Keyakinan ini menimbulkan rasa takut seterusnya menyebabkan wududnya adat memuja nenek moyang yang telah meninggal dunia. Roh dianggap mempunyai kuasa sakti dan muncullah bomoh, pawang serta orang tertentu yang dihormati dalam masyarakat kerana dipercayai mempunyai kelebihan berhubung dengan alam ghaib.

Bukan sahaja filem melayu, bahkan negara lain juga ada membuat filem mengenai hantu dan kebanyakannya hantu yang ditonjolkan lebih kurang sama. Contoh hantu yang dilakonkan iaitu kepala yang terbang menghisap darah orang beranak, hantu polong yang digunakan untuk menghasut manusia, hantu puntianak dari perempuan mati bersalin, toyol, pelesit, hantu bungkus dan juga makhluk halus dari kalangan jin dan bunian. Tidak cukup dengan lakonan, beberapa majalah melaporkan ulasan artis tentang pengalaman-pengalaman pelik semasa melakukan penggambaran. Semua cerita hantu ini membuatkan penonton menyemat dalam hati bahawa hantu itu wujud.

Malah filem Thailand, Korea dan Jepun menayangkan ahli agama boleh menyembuhkan penyakit dan menghalau hantu. Para penonton dan anak-anak yang tidak mempunyai kekuatan akidah, pastinya akan terfikir semua ahli agama (Buddha, Hindu dan Kristian) mempunyai kuasa dan boleh melawan kuasa hantu. Apa yang kita risaukan sekiranya mereka mempersoalkan status kebenaran agama Islam. Semoga kita dan keluarga kita bebas dari kecelaruan kerana jelas dalam Al-Quran mengatakan :

Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai pada sisi Allah ialah Islam

Persoalannya, siapakah hantu? Adakah hantu ini benar-benar wujud? Tiada dalil Al-Quran yang menyatakan tentang kewujudan hantu di dunia ini. Tetapi Allah menyebut tentang kewujudan iblis di dalam Al-Quran. Tahukah kita bahawa hantu yang dikenali sebagai hantu penanggal, pocong, pontianak, toyol, hantu raya dan sebagainya adalah dari kalangan syaitan dan iblis? Kita semua maklum, bahawa iblis dan syaitan adalah makhluk yang dilaknat Allah juga merupakan musuh utama kepada manusia.

Mari lihat beberapa ayat Al-Quran yang menceritakan tentang iblis di dalam Al-Quran. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 50 ;

Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis dia adalah dari golongan jin, Maka ia menderhakai perintah Tuhannya.

Ayat di atas menceritakan iblis adalah dari golongan jin. Kita mempercayai kewujudan jin kerana Al-Quran menceritakannya. Surah Jin mengisahkan tentang kehidupan jin, bahawa mereka seperti manusia juga ada yang beriman dan ada yang kafir. Jin merupakan makhluk halus dan menurut ahli tafsir jin yang jahat (kafir) dinamakan syaitan.

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 128 ;

Dan (Ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia

Oleh itu, janganlah biarkan diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling kita tergolong dalam manusia yang disesatkan oleh syaitan. Mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan manusia dan tidak akan berputus asa untuk membawa kita ke neraka. Justeru itu, patutkah timbul perasaan takut di dalam hati kita terhadap hantu hanya kerana menjelma dalam keadaan yang menyeramkan dan mengejutkan? Ingatlah bahawa itu strategi halus syaitan, untuk memesongkan akidah kita kepada Allah. Takut kepada hantu bukan kepada Allah menunjukkan kerapuhan iman kita kepada Allah. Jika tersemat kuat dalam hati kita bahawa Allah yang lebih Berkuasa dan Maha Esa, apapun gambaran hantu yang datang pada kita tidak akan menakutkan kita dan menggoyahkan iman kita kepada Allah. Ketakutan kita wajiblah hanya pada Allah.

Firman Allah dalam surah yunus ayat 31

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang Kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah". Maka Katakanlah "Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?"

Ayat di atas menceritakan tentang sikap masyarakat jahiliah mengenai kepercayaan kepada kewujudan Allah. Jika diperhatikan ayat di atas, masyarakat jahiliah tahu bahawa Allah menciptakan alam ini dan wajib disembah. Itulah pengakuan kaum jahiliah, namun mereka tetap menyembah patung berhala. Apakah bezanya kita dengan masyarakat jahiliah dalam ayat di atas? Kita hidup dalam arus kemodenan, mengaku Allah itu tuhan kita, tetapi siapakah yang kita takuti? Tuhan atau hantu? Yang pasti 2 suku kata ini tu..han...jika dibaca secara terbalik pun tetap ada yang takut. Jika takut pada tuhan, kuatlah iman, sebaliknya jika takut pada hantu rosaklah iman.

Memang benarlah tiada hantu, bukan sahaja pada hari jumaat tetapi setiap hari. Malangnya, ramai manusia hari ini yang ingin menjadi seperti hantu. Lihat sahaja ahli kumpulan blackmetal dan penyanyi rock barat, yang akan tampil dalam pelbagai solekan dan rupa yang amat mengerikan. Bagaimana pula dengan mereka yang membuang bayi, manusia yang mendera, perogol, perompak dan sebagainya? Bukankah mereka juga lebih dahsyat daripada hantu?

Ahad, 25 April 2010

Bencana Alam VS Hukuman Tuhan

Pada 30 september 2009, negara jiran kita Indonesia telah dilanda musibah lagi. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Ritcher menggegarkan bumi Sumatera Barat, memanjang dari Kota Padang ke Pariaman menyisir banjaran Singgalang. Tanah gelongsor dan jerlus berlaku di merata tempat, ribuan manusia menjadi mangsa. 3 buah pekampungan tenggelam ditelan bumi. Adakah kita melihat kejadian ini sebagai bencana alam atau hukuman tuhan?
Secara teori, gempa berlaku apabila wujudnya proses pergerakan dalam bumi yang dikenali sebagai hanyutan benua. Menurut teori ini, kerak bumi terapung di atas magma, iaitu sejenis batu cair dan hanyut secara perlahan-lahan. Kerak bumi pula terbahagi kepada 10 kepingan dikenali sebagai lithospherik. Sempadannya ditandai oleh banjaran gunung berapi dan kawasan gempa bumi.

Terdapat 3 jenis sempadan lithospherik yang mempengaruhi bentuk muka bumi.

1. Apabila kerak bumi menjauhi sesama sendiri sehingga magma keluar membentuk kerak baru dipanggil rabung lautan.

2. Kerak bumi bertembung dan menjulang ke atas lalu menghasilkan gunung atau satu kerak terbenam di bawah kerak lain berubah menjadi gunung berapi.

3. Kerak bumi bergerak secara selisih sesama sendiri.

Pergerakan kerak bumi ini tertahan oleh geseran sesama kerak bumi. Apabila daya pergerakan lithospherik melebihi daya geseran, kerak bumi akan bergerak dan bergesel secara mengejut. Geseran ini dikenali sebagai gempa bumi. Kawasan di mana gegaran bumi berlaku dikenali sebagai ‘tumpuan’ yang boleh berlaku beratus-ratus kilometer dalam tanah sementara permukaan bumi tepat di atas tumpuan dilabelkan sebagai pusat gempa atau ‘epicentre’.

Faktor-faktor penyebab gempa bumi;

1. Bergeser dan terpisahnya lapisan-lapisan yang terdapat dalam kerak bumi.
2. Adanya letusan gunung berapi yang sangat dahsyat. Letusan yang dahsyat tersebut, selain menyebabkan goncangan yang kuat juga sering menyebabkan gelombang ombak yang sangat tinggi di lautan yang terkenal dengan nama gelombang ‘Tsunami’.

Jenis gempa bumi
Daripada faktor-faktor penyebabnya, gempa bumi dapat digolongkan kepada dua.

1. Gempa Tektonik
Gempa ini terjadi kerana lapisan kerak bumi yang keras menjadi genting dan akhirnya bergerak. Teori ‘Tektonik Plate’ menjelaskan bahawa bumi terdiri daripada beberapa lapisan batuan, sebahagian besar lapisan kerak itu akan hanyut dan mengapung di lapisan seperti salji. Lapisan tersebut bergerak perlahan sehingga berpecah-pecah dan bertaburan antara satu sama lain.

2. Gempa Vulkanik
Gempa ini terjadi kerana terdapatnya letusan gunung berapi yang sangat dahsyat. Ketika gunung berapi meletus, getaran dan goncangan letusannya dapat dirasai sehingga sejauh 20 KM. Gempa ini jarang terjadi jika dibandingkan dengan Gempa Tektonik.

Meskipun dari sudut geografi, Malaysia tidak termasuk negara yang ditimpa gempa bumi, tetapi negara ini masih berada dalam kawasan pelantar pergerakan bawah tanah aktif. Antara tempat yang dikenal pasti sebagai pusat gempa ialah Miri ( Sarawak ), Lahad Datu ( Sabah ), Tawau ( Sabah ) dan kawasan Gunung Kinabalu.

Sebab berlaku gempa bumi juga disentuh dalam Al-Quran. Antaranya ialah apabila gunung-ganang yang menjadi pasak mengukuhkan bumi sudah diratakan untuk tujuan pembangunan. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 41

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ( ke jalan yang benar ).

Mari kita susuri tarikh dan waktu kejadian di Padang Sumatera dengan ayat Al-Quran

Tarikh Gempa : 30.9.2009

Surah Ar-Rum 30 : 9

{أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (9)} [الروم : 9]

Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat ( yang dideritai ) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah ( bercucuk tanam ) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa mereka ( ini ) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka rasulNya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tidak hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.

Waktu berlaku gempa 17:16 WIB ( Waktu Indonesia Barat )

Surah Al-Isra’ ( 17:16 )

Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Waktu berlaku gempa susulan 17:58 WIB

Surah Al-Isra’ ( 17:58 )

Tiada antara penduduk suatu negeripun ( yang derhaka penduduknya ), melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab ( Loh mahfuz ).

Setelah merenungi ayat di atas, masihkah kita memikirkan kejadian gempa bumi ini sebagai bencana alam? Tahukah kita senario kehidupan masyarakat yang dilanda musibah ini? Renungkan pula firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 96 ;

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Apapun, setiap perkara yang berlaku dijadikan Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaanNya. Bencana alam atau hukuman tuhan, yang penting kita hendaklah melihat dengan penuh keinsafan dan menyedari kelemahan kita sebagai hamba Allah. Musibah yang berlaku adalah ujian untuk mematangkan umat Islam. Tragedi gempa bumi dan bencana alam yang lain, bukanlah perkara yang baru tetapi telah dilakarkan dalam kanvas sejarah. Kisah teladan ini banyak diceritakan dalam Al-Quran sebagai pengajaran kepada mereka yang ingin mengambil teladan. Sehebat mana alat yang dicipta manusia untuk mengesan dan mengawal bencana alam, tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah yang akan menurunkan azabNya.

Khamis, 22 April 2010

How Are You Lucky Today ?

Kita sering ingin tahu apa yang akan terjadi dan bagaimana kehidupan kita seterusnya. Apakah rupa masa depan kita? Kalau dahulu, orang akan berjumpa dengan tukang tilik atau tukang ramal untuk mengetahui nasib mereka. Tetapi seiring dengan kemajuan zaman, tukang tilik juga semakin moden. Mudah didapati dan ditemui, hanya tekan di hujung jari kita akan berjumpa dengan tukang tilik.

Sebagai umat Islam, perbuatan ini adalah berdosa kerana jelas diterangkan dalam Al-Quran. Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 90
Wahai orang-orang yg beriman, sesungguhnya arak, judi dan bertenung nasib adalah keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu, hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan.

Tanpa sedar kita juga seperti berjumpa dengan tukang tilik. Buktinya kita sering membaca horoskop di majalah, akhbar dan internet. Walaupun sekadar suka-suka tetapi ianya menjurus ke arah perbuatan menilik nasib.

Lihatlah berapa ramai pengguna facebook yang sering menjawab pelbagai kuiz tentang masa hadapan berkaitan nasib, cinta, jodoh dan sebagainya? Walaupun pada mulanya niat mereka hanya untuk suka-suka, tetapi sekiranya kebetulan tentunya terdetik di hati mengiyakan ramalan tersebut. Setelah menjawab pelbagai soalan, mengapa harus dipaparkan peratus tuah mereka? Tentunya mereka ingin berkongsi dengan rakan facebook yang lain, tentang tuah mereka pada hari tersebut. Semua ini, boleh menjebakkan diri kita sedikit demi-sedikit melupakan qadak dan qadar Allah. Sekaligus merosakkan akidah kita. Sedangkan segala yang berlaku adalah takdir Allah yang telah tercatat sejak azali lagi di Loh Mahfuz.

ONLINE PSYCHIC TO KNOW YOUR FUTURE

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya. Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia.

Hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Allah telah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam Al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohong serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Kita sering merancang masa depan kita. Bagaimana perbelanjaan kita dan anak-anak serta keluarga. Kita membuat persiapan yang rapi agar masa depan kita lebih terjamin. Kita berusaha upgrade ilmu, kita menyimpan duit untuk masa depan diri dan keluarga.Tidak kurang juga dengan persediaan insurans, bagi menjamin keselamatan diri, keluarga dan harta.

Tetapi berapa ramai yang merancang untuk hari yang kekal abadi? Bagaimana pula dengan persiapan hari akhirat? Adakah kita juga membuat tabungan untuk hari perhitungan kita? Itulah sepatutnya persiapan yang lebih utama. Kita harus tahu, kebahagiaan sebenar adalah kehidupan di akhirat. Sedarkah kita apakah keperluan penting untuk diri dan keluarga kita?? Iman, ilmu dan amal adalah penentu tuah kita di hari yang mendatang, hari yang kekal abadi.

Marilah bersama memikirkan dan merancang tuah kita di masa hadapan yang lebih abadi.

About Me

Foto Saya
Aminah Mohd Nasir
Saya sedang melanjutkan pengajian di Jabatan Pengajian Dakwah&Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM).
Lihat profil lengkap saya

Mutiara Kata

" Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang di namakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati "

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Saat ini

Anda Pelawat Ke

Hari akan terus berlalu

Basahi lidah dengan zikrullah

SHOUT BOX

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

~Let's Sing With Me~

Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Recent Comments